Siapa Kassim Selamat

Gambar Ihsan dari Batuapi @saluran lawaktainment anda

Aku lebih senang di kenali sebagai Kassim Selamat @lagendabuta, wajahku tidaklah setampannya, hanya menumpang namanya. Aku di lahirkan sebagai insan normal, ketika usiaku menjenguk ke angka 40, musibah singgah menyapa diriku, aku lumpuh dari paras dada ke bawah akibat demam denggi pada 20 Jun’ 2002, dari saat itulah aku mula menyarung jersi orang kurang upaya (OKU).

‘Life Begin at Fourty’ itulah kehidupan dan dunia baruku sebagai OKU, memang berat bagiku mengharungi kehidupan baruku ini, secara tiba-tiba fizikal, mental dan rutin seharian kehidupanku berubah sama sekali, ibaratkan taufan ‘tsunami ‘ yang melanda pantai…..sekelip mata kehidupanku berubah………..terkejut, terkedu, tiada persiapan yang ku buat, tiada ku sangka begini rupanya penghujung hidupku. Meskipun begitu aku tetap bersyukur ke hadrat Allah kerana memberiku peluang untuk terus bernafas di dunia ini.

Kisah-kisah yang terpapar di sini adalah rentetan-rentetan hidupku di zaman kanak-kanak, remaja, dewasa dan di usia ’senja’ ini. Bukanlah tujuanku untuk meraih simpati, membangga diri apatah lagi mengaibkan sesiapa.

Kisah-kisah ini adalah realiti kehidupanku. Bukan untuk mengeluh atau tidak redha atas apa yang menimpaku tetapi sekadar untuk berkongsi cerita dan pengalaman.Memang telah lama aku ingin mengabadikan kisah kehidupanku ini, tapi baru saat ini ‘jariku’ mampu untuk menzahirkannya, jika ada yang baik boleh di jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Klik untuk tahu tentang Penyakitku

Salam hormat dariku…

Kassim Selamat “Jasad Terpenjara Jiwa Merdeka
@lagendabuta

7 Responses to “Siapa Kassim Selamat”

  1. Life Of 'AKU' The Episode Says:

    salam … Setiap sesuatu ada hikmahnya… tanda sayangnya Allah kepada kita, setiap manusia tak sama ujian,dugaan dan cabarannya. Kadang-kadang, orang yang tak diuji dgn kesakitan, tapi mereka diuji dengan ujian yang berlainan, bahkan adakalanya lebih memeritkan untuk ditempuhi. Bersabarlah…. “setiap manusia ada bahagiannya”. ‘AKU’ mendoakan dirimu dan kita semua kan bahgia kembali menujuNYA.

  2. Azhar Says:

    Salam,

    Hanya doa yg sempat ku sampaikan,moga En Kasim Selamat bersabar atas ujian yg diberikan. InysaAllah ada hikmah atas ujian besar ini. Jika kita redha, insyAllah akan ada kebahagian di hujung sana. Allah akan membalas jua dengan kebahagian yang kekal abadi.

    Kepada isteri – bersabarlah. sesungguhnya redha suami menjanjikan syurga.
    Wsalam
    azhar – ipoh

  3. sarimah Says:

    Assalamualaikum,

    semoga tuan bersabar menghadapi ujian ini. Pertama kali melawat blog ini dan membaca cerita tuan membuatkan saya membayangkan perasaan saudara saya yang tiba-tiba koma setelah mengidap deman panas. Dianugerahkan isteri setia seperti tuan, yang tabah melayani keperluannya. Isteri yang hanya surirumah sepenuh masa itu berubah menjadi wanita perkasa, yang terpaksa buat banyak perkara. Saudara saya tidak dapat berbuat apa-apa. Tanpa suara, tidak berdaya. Hanya airmata yang mengalir dari empangan matanya yang tidak pernah kering. Melihat dia terbaring di situ, saya sering tertanya sendiri, apakah yang ingin dikhabarkan pada dunia?
    Tuan insan istimewa yang terpilih untuk diuji begini kerana tuan mampu mengharunginya.

    Wasalam.
    Sarimah
    P.Mutiara

  4. Maryani Abdullah Says:

    Saudara, semoga tabah menghadapi ujian Allah. Rupanya ada lagi yang malang dari nasib saya.
    Alhamdullillah dapat bertemu saudara di space ini.

  5. dahlan Says:

    be brave and contend with this life, me too also live with one hand for the last 7 years due to stroke……

  6. shadahamid Says:

    as’kum,
    saya b’harap abg sekeluarga tabah m’hadapi ujian dr Allah ini.saya amat t’haru dgn p’gorbanan wife abg semoga hidupnya diberkati slalu.saya jgk seorang ibu dan mempunyai seorang anak OKU,tetapi anak saya hanya mengalami kecacatan di mukanya kerana mengidapi sejenis snydrome yg bernama GOLDENHAR SNYDROME,dan kini usianya sudah mencecah 5thn membesar dgn IQ yg normal seperti kanak2 lain cuma masih blom boleh bercakap.saya tahu bagaimana rasa berada d hospital b’bln2 dan lumpuh kerana saya pernah m’galaminya,alhamdulillah dgn berkat bacaan yasin yg arwah ayah saya lakukan dikl dan dimekah saya pulih,saya ingin cadangkan kepada abg supaya pergi berurut kerana saya juga berurut dan slalu lakukan senaman b’jln kaki alhamdulilah saya pulih sepenuhnya,saya mengalami ini semua ketika berumur 16thn, saya juga telah k’hilagan seorang kakak kerana deman denggi pada tahun lps.SEMOGA ALLAH MEMULIHKAN ABG DAN MEMBERI SEMANGAT YG KUAT UTK MENGHADAPI UJIAN INI.SAYA AKAN TURUT B’DOA AGAR ABG PULIH S’CPTNYA.AMIN.BERSABARLAH SETIAP UJIAN DAN COBAAN YG DTG DARI ALLAH PASTI ADA HIKMAHNYA.

  7. ROSNANI BT MOHD REJAB Says:

    Aslmkm? semoga anda tabh dan terus ceria… hanya satu yang selalu saya pegang dalam hidup saya, jika hari ini aku susah , ada lagi yang susah dari aku… inilah yang membuatkan saya sentias lega dan ceria .

Leave a Reply