Teman Tapi Mesra…

Mungkin aku tidak perlu menulis panjang-panjang lagi. Sekadar sedikit catatan harianku sebagai mengisi ruang kosong di blogku.

Hari ini jam 3.00 petang baru aku didudukkan setelah selama 12 jam dalam posisi terbaring ‘mengereng’. Bayangkan dari jam 3.00 pagi ke 3.00 petang keesokannya di dalam posisi yang sama. Macam-macam rasa….tatkala ini teringat arwah Zul. Nampak tenang pada zahirnya tapi batin terseksa…itu Mawi cakap bukan aku yang cakap.

Bosan, lenguh, panas dan pijau semuanya ada. Bila terbaring terlalu lama begini fikiran buntu. Yang positif menjadi negatif, semangat mula merudum. Orang kata gunakan waktu-waktu begini untuk mengingati Allah…InsyaAllah.

Sambil terbaring jariku menolak-nolak ‘touch pad’, membaca teguran dan gurauan teman di mesej box….baru hilang sedikit kebosanku. Terima kasih buat teman-teman yang sudi menconteng memberiku sedikit hiburan.

Kepada yang meninggalkan komen di entri-entriku, JANGAN berkecil hati jika aku tidak respon komen kalian. Aku membacanya tetapi JARIKU tidak mampu membalasnya. Harap kalian mengerti keadaanku…

Sebelah malam sempat juga aku berchating dengan baiksss dan UncleJ. Jangan lupa janji kita…’Kedai Mamak’….hehehe…itulah Teman Tapi Mesra.

Waktu sudah dinihari. Aku kembali mengereng….. esok apa pula cerita.

Jam 3.05 am

9 Responses to “Teman Tapi Mesra…”

  1. Life Of 'AKU' The Episode Says:

    Diposisi mana pun kita, yang pasti posisi kita mestilah diposisi yang benar … islam hual hal … :) semoga ceria selalu ….

  2. Jie Says:

    Salam Pak Kassim,

    Saya dok baca blog KS, selalu teringin nak tinggalkan komen tapi biasanya terkedu tak tau nak tulis apa :-)

    Apa-apapun, harap KS sentiasa tabah dan teruskan ber-belog. Cerita-cerita KS macam iklan astro – buat saya terhibur, insaf, teruja, termenung, informatif – pendeknya, macam-macam ada!

  3. lagendabuta Says:

    terima kasih ‘Aku’dan kujie.

    betul cakap ‘Aku’ tuu.

    kujie…hehehe nasib baik tak macam ‘raja lawak astro’ yaa.

  4. Haniey Says:

    Hai Kay Es, saya cukup suka lagu Teman Tapi Mesra.. liriknya very catchy macam lagu Separuh Masa ~ De Lima. lama juga saya tak chatting ngan Kay Es…harap teman2 siber sentiasa menghiburkan hati Kay Es.

  5. Life Of 'AKU' The Episode Says:

    Tgh tggu cerite terbaru … takpe.. pelan pelan .. :)

  6. Jie Says:

    Errkk… KS… wa bukan kujie ler… wa ‘Jie’ saja hehehe

  7. Life Of 'AKU' The Episode Says:

    Ni pasal budak cina hina islam dalam lagu negaraku …

    Ni respon budak tu dan orang-orag yang berkenaan … sekadar ingin berkongsi dengan “lagendabuta”

    _____________________________________________

    Itulah jawapan Wee Meng Chee atau lebih dikenali Namewee di alam siber (atau dengan pelbagai gelaran hina selepas insiden ‘Negarakuku’).

    Apa lagi yang dikata?

    Namewee: Lagu tersebut diciptakan sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-50.

    Namewee: Tiada niat untuk menghasut atau menyerang kerajaan. Lagu tersebut sememangnya menggambarkan keadaan masyarakat.

    Namewee: Saya masih sayang negara saya.

    Bapa Namewee: Anak saya patriotik sebab dia bawa bendera Malaysia ke Taiwan.

    Polis: Kami tiada bidang kuasa untuk siasat atau tangkap sesiapa kerana kes ini berlaku di luar negara.

    Tapi, yang paling menarik perhatian ialah kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai. Aku pun tak pasti ini pendirian beliau, MCA, atau Barisan Nasional. Hehe.

    Datuk Liow: Wee telah menghina lagu kebangsaan. Dia nampaknya patriotik tetapi perlu diberi panduan tentang bagaimanakah menzahirkan rasa patriotik dengan betul.

    Haha.

    Macam mana orang yang hina lagu kebangsaan boleh dikatakan ‘seemed patriotic‘? Kan bercanggah tu. Tak faham aku.

    ___________________________________________

    berikut lagunya yang telah diterjemah :

    Lagu negaraku versi (Namawee )penuh yang telah diterjemah :

    ILoveMyCountry – Negarakuku

    Negaraku
    Negarakuku
    Negaraku
    Negarakuku
    Negaraku
    Negarakuku

    Aku cinta negaraku, Hanya bila ada negara, Ada tanah air ku
    Hanya bila ada tanah air ku, Di sini aku berdiri di sini
    Nyanyikan lagu ini untuk kau dengan lantangnya, Janganlah kau takut
    Walaupun aku selalu menggunakan perkataan-perkataan kesat dalam laguku
    Tetapi lagu aku hanya seperti durian, berserta duri-duri
    Hanya apabila kau berani membukanya, untuk melihat kebenaran nyata di dalam
    Ia boleh berbau seperti tahi, ataupun berbau sangat elok
    Hanya bergantung kepada jenis hidung yang kau ada
    Polis kami mempunyai nama lain yang dipanggil MATA
    Kerana mata-mata mereka sangat tajam
    Apabila tahun baru semakin hampir, mereka seolah-olah sangat bekerja keras
    Mereka akan mengeluarkan pen-pen, tetapi mereka tidak membuka tiket kepadamu
    Kerana mereka terlalu dahaga dan mereka perlu minum TEH
    Dan juga kopi O, mahukan gula lebih?
    Kalau ditambah lagi gula, mereka akan tersenyum kegembiraan denganmu
    Mereka akan katakan TATA kepadamu bila kau mahu beredar

    Negaraku
    Tanah tumpahnya darahku
    Rakyat hidup
    Bersatu dan maju

    Fenomena seumpama ini tidak perlu dipertingkatkan lagi
    TIDAK perlu untuk pertingkatkan kerjasama antara polis dan rakyat
    Perhubungan tidak akan berubah dengan secawan kopi
    Aku sangat gemarkannya
    Sekurang-kurangnya aku tidak akan dapat tiket saman bila aku balik rumah
    Kalau berlaku, bapaku mesti berang dengan aku
    Aku mesti kena hamun, tak de kereta untuk aku
    Kurang asam, apa yang aku boleh buat waktu macam ni?
    Macammana aku nak BERGEMBIRA tanpa kereta?
    Macammana aku nak beromen tanpa kereta?
    Macammana aku nak cari awek tanpa kereta?
    Aku sangat cintakan negara ini
    Waktu subuh pukul 5 pagi
    Ada seruan azan untuk kejutkan aku
    Kadangkala ada lagu sekali
    Sama macam nyanyi lagu cinta
    Kadang-kala suaranya diubah jadi macam gaya RnB
    Walaupun kadang-kala mereka menyanyi sampai jadi sumbang
    Atau kadang-kala mereka menyanyi sampai serak
    Sesetengah suara mereka sama macam kokokan ayam jantan, tetapi mereka lebih awal dari ayam jantan
    Hanya dengannya, kami akan dikejutkan untuk pergi ke sekolah atau kerja
    Tolong jangan salahkan kerajaan hanya ambil kisah tentang orang bumiputra
    Tolong jangan salahkan kerajaan kerana tidak adil dengan kami
    Ini semua tunjukkan kami orang cina tidak takut kerja keras
    Ini semua hanya berikan kami cara untuk cari jalan keluar
    Jangan terperanjat dengan keadilan mereka
    Ini hanya tunjukkan kami adalah cemerlang
    Hanya kanak-kanak kecil yang belum lagi dikotorkan tahu apa itu kemerdekaan
    Kalau tidak, kau nampak beberapa orang lain masih lagi perlukan pengasuh kanak-kanak

    Rahmat bahagia
    Tuhan kurniakan
    Raja kita
    Selamat bertakhta

    Rahmat bahagia
    Tuhan kurniakan
    Raja kita
    Selamat bertakhta

    Orang-orang yang di dalam kerajaan, mereka lagilah cerdik
    Apa jua kerja mereka buat, mereka boleh buat dengan perlahan-lahan
    Sedangkan orang-orang yang beratur pun akan tengking pada mereka
    Mereka terus berasa selesa sepertimana yang mereka suka
    Kadangkala mereka sampai bawak keluar kek mereka
    Mereka makan kek nyonya mereka, anda semua boleh terus beratur
    Meskipun kalau kau benar-benar tengking mereka
    Ia masih lagi ok, kerana pengawal keselamatan tidur di sebelah dan dia tidak akan kesah tentang kau
    Mereka tutup kepala mereka, lintas jalan dengan perlahan
    Kau perlu benarkan dia melintas dan berhati
    Yang paling penting untuk hidup dengan gembira, untuk hidup dengan selesa
    Jangan jadi macam orang cina setiap hari sibuk dan penat gila
    Kita amat disanjungi sikap sebegini
    Inilah gaya hidup mereka, cara hidup mereka
    (sikap sikap)
    Aku masih lagi cakapkan perkataan baik-baik dalam lagu ini
    Aku percaya mereka yang bencikan aku mesti tengah bergembira sekarang ini
    Dunia ini sangat damai, dunia ini penuh dengan harapan
    Tiada siapa yang tercedera, semuanya berjalan dengan lancar
    Kau sangat suci, kau sangat pelembut
    Tahi itu bau sangat wangi, tiada perkataan-perkataan kesat
    Kau semua sangat berdarjat tinggi, setiap hari menikmati percintaan
    Mendengar GuangLiang PinGuan (penyanyi popular malaysia)
    Tetapi mereka telah lari ke Taiwan
    Pelajar-pelajar sekolah Cina, selepas habis belajar
    Sangat susah nak masuk ke universiti tempatan
    Sebenarnya kitorang tak perlu dihasut oleh mereka
    Kerana ini salah satu daripada pelan besar kerajaan
    Mereka mahu kami pergi ke luar negara untuk mengejar cita-cita kami
    Kemudian balik semula untuk menyumbang kepada negara
    Rancangan ini memang sangat bagus sampaikan aku tak boleh nak cakap apa-apa
    Di setiap pelusuk dunia sekarang ini boleh cari anak-anak Malaysia
    Seolah-olah kami lari dari suatu tempat, sangat shiok (?)
    Malaysia sedang mempromosikan tahun melawat Malaysia 2007
    Tradisi cina dipromosikan di mana-mana
    Tetapi kerajaan tidak pedulikan pun pelajar-pelajar sekolah cina
    Semua sijil-sijil kami dibuangkan ke dalam longkang
    Serupa macam aku, aku pergi ke Taiwan selepas habis belajar
    Aku telah belajar sesuatu dan sedang bersedia untuk kembali dan membantu negaraku
    Aku sekarang sedang berdiri di tepi jalan di Taipei, bersama dengan gitarku
    Tetapi di dalam hatiku aku masih lagi menyanyi

    Rahmat bahagia
    Tuhan kurniakan
    Raja kita
    Selamat bertakhta

    Tolong jangan saman aku, aku takde duit

  8. along Says:

    ABG KS ALONG DOAKAN AGAR ABG TETAP TABAH…TENTU SERONOK ESOK RAKAN2 RAMAI YANG DATANG DLM MAJLIS TU…SAYANG SAYA TAK DAPAT HADIR KERANA BALIK KAMPUNG UTK MENJEMPUT KEDUA ORG TUA .ISNIN MEREKA ADA RAWATAN SUSULAN….SAMPAIKAN SALAM SAYA PADA SEMUA RAKAN2 BLOG.MOGA MAJLIS ITU DAPAT LAGI MERAPATKAN HUBUNGAN SESAMA KITA……..JUADAH TU POS JE CKIT KAT SAYA….

  9. nuriman Says:

    tu budak kurang asam jawa tul…sumbat gi ISA…

Leave a Reply