“Tiba2 malam tadi aku susah nak nafas! Panik jugak, dah sampai masa ke? Dada aku rasa sesak, nafas pendek, setiap nafas aku tarik rasa sakit. ““Dia risau sangat, pagi2 tadi dia call nurse Hospis. Nurse tu promise nak datang dgn Dr. dia. Dia kata kalau perlu kena pergi hospital terus. Tak lalu jugak aku memikirkan nak pergi hospital, tiap2 perjalanan ke hospital penat sangat; kena naik turun kerusi roda, kereta, katil. Kengkadang aku rasa biar ler aku baring ajer atas katil ni…. “
“Lepas tu, petang tadi, org datang pasang aircond! Seronok nyer aku, sbb dah tak tahan berpeluh2 atas katil sampai basah lapik. Aman sekejap dunia aku rasa. Dapat rasa seronok sekejap macam ni pun dah bersyukur aku sangat, at least kalau aku pergi, leh pergi dgn selesa, InsyaAllah. Kalau tak tiap2 hari aku tak tahan berpeluh2 atas katil, kena ganti lapik selalu sebab basah dek peluh. Bayangkan ler, 24jam terbaring atas katil jer. Alhamdullilah, aku rasa selesa sedikit sekarang, hati aku tabah kembali…. “
Di atas adalah catatan arwah Zulrushdi yang kuambil dari blognya. Bergenang air mataku membaca tulisan-tulisannya. Sambil aku mengereng satu persatu catatannya kubaca. Lebih tiga jam aku mengambil masa menghabiskan catatan-catatan terakhir di blognya, sebak rasa di hati.
Arwah di sahkan mengidap kanser kolon ketika berusia 40 tahun. Akibatnya arwah lumpuh dari paras pinggang dan terbaring di katil. Terpaksa memakai diapers untuk buang air kecil dan air besar. Beliau di jaga oleh adik dan si DIA, kedua-duanya perempuan dan di bantu oleh Abang Sham. Menurut doktor arwah cuma ada masa 6 bulan sahaja untuk hidup.
Dari atas katil arwah mencatat detik-detik akhir di blognya hingga menghembuskan nafas terakhir pada 10 Mei 2007 setelah lebih enam bulan menderita.
Walaupun penyakit arwah berbeza dengan penyakitku tetapi penderitaan yang di lalui hampir sama denganku. Membaca kisahnya se olah-lah aku berada di tempatnya.
“I am all alone this morning. Somehow, I feel really scared. Scared because I feel helpless. I am helpless to do things; what if there is fire? What if there is some emergency? Nothing, I can do, just lie there and wait I guess. ““Tapi adik aku dgn dia betul2 care; pagi2 adik dah keluar beli kueh2 utk aku alas perut. Dia org letak tepi aku semua, supaya senang aku capai. Ada air, kueh ketayap, karipap, etc. “
“Nak legakan hati aku, dia org bawak aku pergi Low Yat Plaza. Seronoknya aku rasa, semenjak aku sakit, dah berbulan aku tak pergi gi jalan2, apa lagi shopping barang computer/elektrik yang memang aku minat! “
“Tapi yg aku kesian abg aku… dia risau betul bila aku sakit. Tapi aku terpaksa tahan ler, terpaksa go through all the steps. Dia nak angkat aku pun berhati2 sungguh. Sekarang ni dia ajer yg aku percaya utk angkat aku, sebab dia tau cara yang betul. Cuma, dia kecik lagi dari aku, aku kengkadang kesian sangat takut dia sakit belakang ker. Aku sampai pernah terpikir nak mintak potong ajer kaki aku yg tak boleh pakai dah ni supaya badan aku ringan, senang abg aku nak angkat… “
“Bila morphin dah berkesan, aku start rasa seronok sangat, sebab reality hits… aku dah sampai rumah!! Aku rasa cam tau mau keluar dari rumah aku dah, tak mau pergi hospital dah. Aku terus keluar kan notebook, make sure wireless semua jalan. Dan, aku pun terus mengupdate blog ini… “
Arwah gembira bila dibawa keluar berjalan-jalan, perasaan yang sama kurasai. Arwah minta kedua-dua kakinya dipotong untuk memudahkan badannya diangkat, perkataan yang sama juga pernah kuucapkan kepada isteriku. Arwah agak risau bila di tinggalkan bersendirian, khuatir jika ada kebakaran atau kecemasan. Aku juga berperasaan sedemikian bilamana isteriku terpaksa meninggalkan aku sendirian.
Walaupun arwah sudah tiada tetapi blognya masih di kunjungi oleh teman-temannya. Satu perjalanan hidup yang amat menginsafkan.
Al fatihah buat Allahyarham Zulrushdi.
* Aku mohon maaf pada pewaris blognya kerana mengambil sedikit catatan arwah untuk paparan di sini. Semoga catatannya dapat memberi sedikit keinsafan kepada kita.

August 8, 2007 at 10:20 am
sapu minyak angin selalu kat dada ks..sy kalau di serang semput ubatlah jadi kawan hehehehe
June 11, 2009 at 8:11 pm
salam ziarah tuan rumah, tersentuh pilu saya baca tulisan sdr…