Puan Ainon dan Fifi. Gambar ihsan dari blog Fifi.
Seperti hari-hari sebelumnya, jam 7.00 pagi baru mataku mulai keletihan setelah semalaman bersengkang mata. Tidur waktu siang tidak se nyenyak tidur di malam hari. Tidur-tidur ayam orang kata. Baru hendak terlena tiba-tiba kedengaran suara apek menjerit “Surat khabar lama, bateri lama, old news paper!”, sakitnya hatiku. Sedang asyik di ulit mimpi indah tiba-tiba dikejutkan pula dengan suara penjual tilam “Tilam lama tukar tilam baru!”, ponk! ponk! Ponk! di ikuti dengan bunyi horn lorinya…argghhh geramnya.
Lebih kurang jam 1.00 tengah hari mataku kembali segar. Seperti kebiasaannya aku terus membuka laptop untuk membaca mesej di blogku. Ermm…mesej dari baiksss, satu-satu teman setia blogku yang tidak jemu-jemu mengunjung blogku siang mahu pun malam. Kau (baiksss) memang selalu di hatiku, jangan salah tafsir ya!. Dia seperti anak dan adikku, sering memberi semangat dan kata perangsang kepadaku.
Wah ada mesej dari Fifi berbunyi “Tuan Matahati! Puan Sifu sudah beri green light lagi tu. Hah, kali ini jangan terhenti lagi ya! Teruskan berkarya”. Buat Fifi, terima kasih kerana memberi suntikan semangat kepadaku tempohari.
Selain di kenali sebagai Kassim Selamat dan Lagendabuta, aku juga di kenali sebagai Matahati. Semua nama-nama itu berkait rapat dengan watak si buta Kassim Selamat. Orang kata, biar banyak nama jangan banyak isteri…hehehe.
Aku terus ke web Universiti Terbuka PTS (Unika) milik Puan Sifu untuk mengatahui ceritanya. Tersenyum aku bila membaca mesej Puan Sifu. Beliau memberi galakan kepadaku untuk menulis dan bersedia menerbitkan buku karyaku. Inilah hari yang paling gembira buatku. Memang aku menyimpan hasrat untuk membukukan pengalaman hidupku.
Untuk makluman teman-temanku, Puan Sifu atau nama sebenar Puan Ainon Mohd adalah seorang penulis dan Pengerusi PTS Publications & Distributors. Ramai nama-nama besar penulis bernaung di bawah PTS. Di antaranya ialah Dato’ Dr. Haron Din, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, Dato’ Hadi Awang dan ramai lagi.
Mula hari ini aku akan mulakan penulisanku. Doakan agar aku di berikan kesihatan yang baik agar aku dapat merealisasikan impianku. Moga terhasil karyaku “Dari Katil Kekasihku”, tajuk buku yang diberi oleh Puan Sifu…InsyaAllah.

July 19, 2007 at 9:50 pm
[...] kaki-kaki lepak dalam UNIKA, setiap hari mari kita masuk blog DARI KATIL KEKASIHKU dan tinggalkan doa-doa serta kata-kata semangat kepada Kassim Selamat supaya beliau bersemangat [...]
July 19, 2007 at 10:21 pm
Terima kasih teman2.
Blog di wordpress ini baru beberapa hari di bangunankan sebagai sdr kembar blog utama saya di blogspot. Segala entri di sini di import masuk terus dari blog utama saya. Mungkin terdapat kekurangan di sini kerana saya masih baru dengan wordpress.
Saya tidak menghebahkan blog ini kerana masih sedang mendalami wordpress. Tidak sangka blog ini dapat di jejaki oleh Unika.
m
July 19, 2007 at 11:05 pm
Saya percaya Tuan Kassim punyai kekuatan dalaman untuk kerja menulis ini melihat kepada kelangsungan Tuan menghidupkan blog dan partisipasi di Unika. Cuma lonjakan dan apa yang Tuan perlukan hanyalah “cubit-cubitan” dan senggol – senggolan….nah saya cubit sekali …hehehehehe
uik macam lagu dangdut saja…hehehe
July 19, 2007 at 11:15 pm
Tuanku Rastom,
Cubit-cubitan tidak dapat dirasai oleh Tuan Kassim.
July 20, 2007 at 12:08 am
Assalamu’alaikum Tuan Kassim Selamat,
Semoga Allah terus merahmati Tuan dan memberikan kekuatan kepada Tuan untuk meneruskan perjuangan di bidang penulisan ini.
Sesungguhnya hidup ini penuh dugaan dan cabaran, kerana Allah uji kita semua. Semakin besar ujiannya maka sudah tentu semakin besar pula ganjaran pahala.
Ini bererti Tuan berpeluang mengaut untung pahala yang besar dan banyak kerana dugaan yang Tuan hadapi lebih besar dari kebanyakan warga UNIKA dan mentee Puan SifuPTS.
Semoga Tuan teruskan menulis dan semoga buku Tuan akan terbit tidak lama lagi.
Wassalam.
Alang Kelana.
July 20, 2007 at 12:50 am
Assalamualaikum,
wah… cantik blog ini.
Bahasanya juga indah.
July 20, 2007 at 1:04 am
KS,
Saya doakan sdr diberi kekuatan untuk terus menulis.
Saya janji akan beli buku sdr dan akan saya tulis dan war-warkan di blog saya.
Teruskan menulis!
July 20, 2007 at 3:22 am
Assalamualaikum KS;
Selamat menulis. Selamat berkarya. Saya di JICA dan myJICA sentiasa menyokong OKU. Kami memang ada program khas untuk OKU. Setiap tahun JICA menghantar OKU dari seluruh dunia, termasuk dari Malaysia untuk berkursus di Jepun dalam pelbagai bidang termasuk survival. Sebuah Portal khas yang dinamakan JICA Friends http://www.jicafriends.jp/index.html dibuat khusus untuk sahabat2 OKU.
Salah seorang OKU (kerusi roda) yang aktif yg mendapat latihan JICA ialah Peter Tan di http://www.petertan.com/blog/
Selamat berkarya KS.
July 20, 2007 at 4:59 am
Assalamualaikum KS,
Saya datang hendak mendorong tuan… Selamat berkarya. Saya suka membaca tulisanmu.
July 20, 2007 at 7:41 am
Salam Tn KS,
Catatan, tulisan pengalaman yang memberi ilmu dan kesedaran pada orang lain tentang kebesaran Ilahi, tentang Qada’ dan Qadar Ilahi adalah amal jariah yang pahalanya berpanjangan.
Moga diberi kekuatan untuk istiqamah terus menulis.
July 20, 2007 at 8:01 am
Saudara Kasim Selamat,
Sebuah buku bermula dengan hanya beberapa ayat, tulislah dengan kesungguhan dan cinta dalam lembaran-lembaran itu. Pasti akan sampai masanya sebuah buku yang sarat dengan pengalaman hidup terhasil juga dari himpunan rasa saudara KS.
Doa saya, moga buku ini akan mengingatkan kita tentang hidup dan kehidupan ini hanya pinjaman. Satu fasa perjalanan menuju dunia abadi.
Di pembaringan ini
Di atas segala impian dan cinta
Kisah ini kutuliskan buatmu
Moga kalian mengerti
Erti sebuah kehidupan
dan kasih sayang.
Selamat menulis sehari satu muka surat, lama-lama menjadi buku!
July 20, 2007 at 9:20 am
Assalamualaikum,
Tuan Matahati / Legenda Buta ….
Bukan sedikit onak yang meranjau haluan
Bahkan aral sering melintang
Namun berjuang dan terus berjuang
Kerana syurga jadi idaman
Takbir,
Wassalam
July 20, 2007 at 9:33 am
Assalamualaikum,
Sesungguhnya setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Demi sesungguhnya setiap kesusahan pasti ada kesenangan.
Sesungguhnya manusia itu diuji mengikut kemampuan manusia itu sendiri, dan Allah tidak sesekali berlaku zalim.
Semoga saudara dikurniai kekuatan yang bukan calang-calang bagi menempuhi hari dan perjuangan baharu. Berjuang dalam bentuk tulisan. Semoga Allah beri kemudahan.
Salam ikhklas,
~Mya Marja
July 20, 2007 at 12:46 pm
salam,
encik kasim selamat
apabila saya baca ’suratan hidupku’ mata saya basah dan hati berbisik..kalau penulisan ini dijadikan novel, akan jadi novel best seller, sungguh mengesankan jiwa dan mengusik perasaan…suabbas tuan penulis berbakat..teruskan menulis…
kita semua doakan kejayaaan mu.
Allahumma amin….
July 20, 2007 at 4:04 pm
Salam Tuan KS,
Sahabat siber yang tidak pernah bersua muka. Saya doakan tuan sentiasa sihat, gembira dan dalam rahmat Allah.
PTS menanti satu lagi manuskrip kisah-kisah motivasi dari atas katil. Kami pernah terima sebuah buku yang ditulis oleh seorang pengetua cemerlang yang lumpuh hampir seluruh badan akibat kemalangan ketika bertugas. Beliau juga menulis (menaip) menggunakan satu/dua jari. Judul buku itu Cerita-cerita Motivasi Untuk Guru yang sudah lebih 5 kali cetak. Guru tersebut mendapat bimbingan secara ‘online’ dari sifu (ketika itu sifu belum ada blog).
Saya yakin semangat dan usaha tuan juga secekal serta sehebat Cikgu Hamidah Wok Awang yang sentiasa ceria itu. Ini adalah langkah permulaan seorang lagi penulis bestseller…!
July 20, 2007 at 4:21 pm
Well done KS, Keep blogging and writing. May ALLAH bless u and your family.
http://martialartsandselfdefense.blogspot.com
http://smartforrich.blogspot.com
http://worldofmuslim.blogspot.com
http://bestwayoflife.blogspot.com
July 20, 2007 at 5:53 pm
Apabila siap satu episod, terus emelkan kepada saya, supaya saya abaca dan beri feedback.
Ingat, setiap hari kutunggu emelmu, wahai matahatiku!
Baik puan,saya saya akan emelkan bila siap.
July 20, 2007 at 6:00 pm
Assalamualaikum wm. wbt.
Saya pernah terbaca satu kisah tentang keupayaan satu jari yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t ke atas seorang OKU.
Saya sertakan kisahnya di bawah ini untuk renungan kita bersama.
+—————————————————————————————+
In 1883, a creative engineer named John Roebling was inspired by an idea to build a spectacular bridge connecting New York with the Long Island. However bridge building experts throughout the world thought that this was an impossible feat and told Roebling to forget the idea. It just could not be done. It was not practical. It had never been done before.
Roebling could not ignore the vision he had in his mind of this bridge. He thought about it all the time and he knew deep in his heart that it could be done. He just had to share the dream with someone else. After much discussion and persuasion he managed to convince his son Washington, an up and coming engineer, that the bridge in fact could be built.
Working together for the first time, the father and son developed concepts of how it could be accomplished and how the obstacles could be overcome. With great excitement and inspiration, and the headiness of a wild challenge before them, they hired their crew and began to build their dream bridge.
The project started well, but when it was only a few months underway a tragic accident on the site took the life of John Roebling. Washington was injured and left with a certain amount of brain damage, which resulted in him not being able to walk or talk or even move.
“We told them so.”
“Crazy men and their crazy dreams.”
“It`s foolish to chase wild visions.”
Everyone had a negative comment to make and felt that the project should be scrapped since the Roeblings were the only ones who knew how the bridge could be built. In spite of his handicap Washington was never discouraged and still had a burning desire to complete the bridge and his mind was still as sharp as ever.
He tried to inspire and pass on his enthusiasm to some of his friends, but they were too daunted by the task. As he lay on his bed in his hospital room, with the sunlight streaming through the windows, a gentle breeze blew the flimsy white curtains apart and he was able to see the sky and the tops of the trees outside for just a moment.
It seemed that there was a message for him not to give up. Suddenly an idea hit him. All he could do was move one finger and he decided to make the best use of it. By moving this, he slowly developed a code of communication with his wife.
He touched his wife’s arm with that finger, indicating to her that he wanted her to call the engineers again. Then he used the same method of tapping her arm to tell the engineers what to do. It seemed foolish but the project was under way again.
For 13 years Washington tapped out his instructions with his finger on his wife’s arm, until the bridge was finally completed. Today the spectacular Brooklyn Bridge stands in all its glory as a tribute to the triumph of one man’s indomitable spirit and his determination not to be defeated by circumstances. It is also a tribute to the engineers and their team work, and to their faith in a man who was considered mad by half the world. It stands too as a tangible monument to the love and devotion of his wife who for 13 long years patiently decoded the messages of her husband and told the engineers what to do.
Perhaps this is one of the best examples of a never-say-die attitude that overcomes a terrible physical handicap and achieves an impossible goal.
Often when we face obstacles in our day-to-day life, our hurdles seem very small in comparison to what many others have to face.
The Brooklyn Bridge shows us that dreams that seem impossible can be realised with determination and persistence, no matter what the odds are.
Even the most distant dream can be realized with determination and persistence.
+—————————————————————————————+
July 20, 2007 at 6:07 pm
Waalaikumsalam,
Terima kasih di atas catatan saudara2, amat saya hargai.
Segala catatan saudara2 memberi semangat dan inspirasi kepada saya.
July 22, 2007 at 10:31 pm
Assalamu’alaikum Tuan KS,
Inilah di antara kelebihan berada di bawah payung PTS. Kita saling bantu membantu dan saling membakar semangat dalam berkarya.
Nampaknya, Puan Sifu pun sudah beri peringatan, satu hari satu episod. Selamat berkarya!
July 23, 2007 at 1:34 am
Salam KS,
Kita belum pernah bersua.
Tetapi seperti sudah kenal lama.
Dalam senyap tulisanmu selalu ku baca.
Basah pipiku dengan air mata.
Tulisanmu amat meruntun jiwa.
Terus, teruskanlah…
alang-alang berdakwat biar hitam !!!
July 24, 2007 at 5:37 pm
i really like da title…good effort!
July 28, 2007 at 6:08 pm
well done KS!
keep up your good work.
sy akan tunggu buku dan akan beli buku tu…
July 30, 2007 at 9:42 pm
kisya sedih lah bace story nih..huhuhu dm bnyk2 blog..ni lah blog yg best sgt2..teruskan perjuangan dan semoga tabah menghadapi ujian tuhan. DIA bagi sakit sbb DIA syg kite..
August 1, 2007 at 5:35 am
terima kasih cik balkis.
August 2, 2007 at 7:16 am
Assalamu’alaikum duhai saudara Matahati,
Semoga karya tuan terhasil ketika Tuhan masih berikan sisa-sisa kekuatan yang ada. Tidak sabar menunggu hasilnya dan insyaAllah saya akan pastikan yang saya antara yang terawal memilikinya.
August 2, 2007 at 11:53 am
salam,
Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran kepada tuan.
“A reason to write”:
Di copy and paste sebuah cerita “a reason to write”, mungkin boleh dijadikan inspirasi buat tuan:
Bobute shares how she views her health challenges as a blessing.
My name is Barbara, I am dealing with Alzheimers / Dementia and write almost on a daily basis. I am dealing with my health issues, which are many. I try to deal with my life in a positive way by writing and encouraging others along the way.
I want to send a message of encouragement to others who have illness, that we are not handicapped until we no longer try. Something, anything. Just please try for as long as you can. I realize this does not apply to everyone, but there are many who just give up at the sound of the words spoken. I say, for mE, Dementia/Alzheimers has mE, I do not have it.
I will write for as long as I can, I am a writer with plans of becoming a published author. I have far to go, but can only get there one step at a time.
So many are devastated trying to understand the feelings of their loved one, but communication leaves them angry and feeling alone. On the other hand the patient, when able to understand, has issues he or she tries to communicate also. My family does not always understand mE, nor I them. I can try to explain where I think I am coming from, but at the same time, often I am not even sure.
I deal through the computer by writing, going deeper than I ever have before. Using all the senses I have always had, but was too busy to acknowledge. I am “housebound” due to other health issues, so for mE to go past the front door once or twice a week is an experience to awaken all my senses and write about. As I explain to everyone, I have gone from being me to being mE through this transformation.
I am more aware, alive, and among the living than ever before. My illnesses have turned into miracles not burdens. I want others to feel this and begin to be counted among the living also, not giving up and just waiting to die. We owe ourselves more than that; we are short-changing ourselves and our families if we do not at least try.
My current joke is, “now if it could teach mE how to spell correctly again, my wonder drug it would be.”
A writer that cannot spell is a challenge, but so is life. No promises with many rewards if we look inside each day with our eyes wide open.
August 2, 2007 at 11:53 am
Teruskan perjuangan wahai saudaraku!
August 2, 2007 at 9:30 pm
Jangan berhenti dari melakukan apa yang saudara cintakan. Biarkan jari-jemari saudara sentiasa menyusun tari. Semoga buku saudara antara yang terindah!
August 3, 2007 at 12:46 am
Assalamualaikum….
Apa khabar?… Saya baru pertama kali masuk laman ini… Namun saya dapat rasakan semangat saudara yg berkobar2 utk menulis.. Sungguh saya kagum .. Teruskan saudara… Satu masa dulu saya juga menulis.. namun skrg sy lupa kepuasan itu.. Mungkin hasil pena saudara mampu mencetus kembali perasaan itu.. A life without a target is useless and meaningless… Semoga hari-hari mu mendatangkan ide-ide yang mampu mengindah dan mencuit hati pembacamu.. Wassalam.
August 3, 2007 at 10:37 am
Assalamualaikum saudara Kasim Selamat,
Ayuh, teruskan dengan usaha. Saya amat menantikan karya sulung saudara. Semoga Allah mempermudahkan urusan serta menurunkan rahmat dan keberkatan ke atas insan istimewa ini.
August 13, 2007 at 8:00 am
Assalamalaikum warahmatullah,
Saudara yang sungguh istimewa…
Moga saudara serta keluarga sentiasa dalam perlindungan Allah swt selalu…
Saban hari, saya akan membaca hasil ‘pena’ saudara…teruskan menulis, ya?
Ya Allah! Rahmatilah insan istimewa ini serta keluarganya….Amin..
Wasalam,
NeenaUmi
(Umi Kalthum bt. Ngah)
August 13, 2007 at 9:14 am
السلام عليكم ورحمة الله
Saya selalu terfikir, di manakah terletaknya kekuatan seorang insan yang sedang berjuang dalam kehidupannya?
Saya berdoa semoga tuan diberi kekuatan tersebut untuk memula dan menyudahkan penulisan yang bermakna ini.
Sekali lagi, salam sejahtera.
August 13, 2007 at 9:36 am
salam tuan.
teruskan usaha tuan,
saya tahu tuan seorang yang bersemangat tinggi
Mudah2an Allah akan bekalkan tuan kecekalan hati yang tinggi
Teruskan tuan…
August 13, 2007 at 11:11 am
Assalamualaikum Tuan Matahati,
Jangan sesekali berasa kurang kekuatan untuk berkarya di saat didatangi kesukaran. Saya percaya di sebalik sukar itu akan terbit sirna yang mendatangkan ILHAM bagi kegunaan Tuan jua. Mudah-mudahan setiap papan kekunci yang berjaya ditekan bisa hasilkan sebuah lagi buku antara yang terindah untuk tatapan semua. Ikhlas dari saya, doa semoga Tuan lebih bisa menulis.
August 13, 2007 at 3:01 pm
Assalamualaikum saudaraku Matahati,
Titipan serta coretan tuan menjadi sumber inspirasi yang tidak ternilai.Doa saya semoga Allah terus memberikan tuan ilham yang dapat menyuntik jiwa-jiwa yang sedang keresahan.Teruskan menulis….
August 14, 2007 at 6:48 pm
Waalaikumsalam,
Buat saudara-saudara, terima kasih di atas kata perangsang,suntikan semangat dan doa2 saudara2. Amat2 saya hargainya.
Semoga Allah memberkati hidup kita semua.
Maaf saya tidak mampu menjawab satu persatu, jari dan tenaga saya tidak mengizinkan saya berbuat begitu.
August 24, 2007 at 8:53 am
Bangun, bangun, bangun! Wahai pejuang bangsa dan agama! Semoga Allah memudahkan urusan tuan .
August 25, 2007 at 3:38 am
Salam.
Gagahkan tangan selagi ia mampu diangkat,
Perjuangan anda dengan mata pena tidak akan mati. Malah bakal menjadi satu rujukan masa mendatang.
Teruskan misi memandaikan masyarakat…….
August 27, 2007 at 1:43 pm
SEMOGA ALLAH KURNIAKAN KEMUDAHAN DALAM HIDUP SAUDARA…JGN BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH
October 3, 2007 at 12:38 pm
Salam KS,
Coretan tuan amat bermakna buat insan yang selalu kecewa dalam hidup. Teruskan menulis supaya setiap insan menghargai nikmat yang Allah berikan kepada mereka.
October 4, 2007 at 8:37 am
Assalamualaikum,
tumpang lalu boleh…saya tersinggah disini
menarik….tuan KS dan persekitarannya sangat menarik
October 26, 2007 at 4:47 am
Assalamualaikum,
Semoga tuan terus berkarya. Mudah-mudahan karya tuan membenihkan kebaikan kepada orang lain. Mudah-mudahan dengan sedikit kebaikan yang kita beri dapat menghadirkan reda Allah.
May 8, 2009 at 11:43 am
hollllaaaaaaaa