February 21, 2007
Semasa menjalani sessi ngereng aku meminta anakku menyuapkan kuih ‘denderam’ atau orang panggil kuih ‘telinga keling’ (maaf ya) tetapi itulah nama panggilannya. Hampir setengah peket aku menghabiskannya kerana aku memang menggemari kuih ini. Warna kuih ini coklat kehitaman dan bentuknya bulat macam roda dan ada iras-iras telinga. Mungkin disebabkan itu ia di kenali dengan nama kuih telinga keling.
Orang di sebelah utara Kedah dan Perlis tentu arif dan tahu tentang kuih denderam ini. Di Kuala Lumpur jika kita pergi membeli belah di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman kita akan terjumpa makcik-makcik duduk menjual kuih ini di depan kaki lima terutama di hadapan Globe Silk Store dan Tang Ling.
Sebut pasal Globe ini teringat aku dahulu masa bershopping di situ. Terdapat sekumpulan OKU yang cacat penglihatan duduk bermain muzik di hadapan Globe. Aku memang peminat muzik, jadi lepas penat bershopping aku duduk disebelah mereka sambil mendengar alunan muzik yang didendangkan. Bukan setakat duduk tetapi sempat pula menggoyangkan kaki teruja mengikut rentak muzik. Sekarang hendak goyangkan kaki pun tidak mampu..hehehe.
Aku teringat akan gurauanku dengan staff-staffku satu masa dahulu.
“You kalau hendak cari I, carilah di hadapan Globe, I pakai baju merah main muzik.”
Staff-staffku ketawa mendengar gurauanku itu. Memang kumpulan pemuzik ini memakai seragam warna merah ketika bermain muzik di situ.
Emmm….masin betul mulut aku ini, betul-betul sekarang aku jadi OKU tetapi tidaklah bermain muzik……..hehehe.
Dahulu bila ada masa lapang aku akan sering kesana duduk di tepi mereka menghayati kebolehan yang di anugerahkan oleh Allah kepada mereka.
Aku rindu kepada mereka, aku rindu Jalan Tuanku Abdul Rahman, aku rindu suasana seperti dahulu-dahulu….dapatkah lagi aku begitu?
Hasil nostalgiaku pukul 2.58 pagi.
4 Comments |
Uncategorized |
Permalink
Posted by lagendabuta
February 21, 2007

Hari ini ‘Poslaju’ datang lagi singgah menghantar sesuatu untukku…hihihi sukanya aku. Baru tiga minggu lepas aku menerima satu kiriman dari teman siberku nun jauh di Bahrain. Murah rezekiku, di harap di murahkan lagi rezeki teman-temanku…Ameen.
Emmm…sejak berblog ini aku punya ramai teman yang berhati mulia. Terima kasih buat Keshi, Ice, Hayat dan terbaru Cikgu Wan atas kiriman-kiriman kalian. Terima kasih juga buat teman-teman yang tidak jemu-jemu datang menziarah blogku dan mendoakan kesejahteraanku. Aku amat-amat menghargainya. Buat temanku baiksss, aku menanti hadiahmu ‘sepotong saraf tunjang’ yang ori…… tunggu!!!!!!!
Kali ini aku menerima kiriman sebotol ubat ‘Habbatus Sauda’ dan seutas ‘Gelang Mekah’ dari Cikgu Wan
yang baru pulang dari menunaikan ibadah haji. Terima kasih atas kiriman ini dan doa-doa cikgu. Semoga cikgu mendapat haji mabrur dan di berkati Allah sentiasa dan semoga doa cikgu untuk saya di makbulkan Allah.
Sebagai mengambil berkat aku meminta anakku Indah memakaikan aku gelang mekah pemberian Cikgu Wan. Aku kira gelang mekah ini ialah untuk si Chombi. Tetapi tidak mengapalah…aku pinjam sekejap. Semoga satu hari nanti niatku untuk ke tanah suci Mekah di makbulkan Allah…Ameen.
4 Comments |
Uncategorized |
Permalink
Posted by lagendabuta
February 19, 2007
Semalaman aku bermusafir melayan mata dan jariku merayau-rayau dari satu blog ke satu blog dari satu negeri ke satu negeri mencari-cari santapan mata dan halwa minda. Permusafiranku sampai ke penghujungnya bila mata telah mula luyu dan badan mula terasa lesu.
Pukul 7.00 pagi aku merebahkan badan melabuhkan tirai mata berehat seketika. Di luar sana hujan mencurah turun dengan lebatnya mengiringi tidurku sambil mendinginkan suasana pagi. Tidurku pagi ini amat berkualiti dan nyenyak sekali.
Pukul 12.00 tengahari aku terjaga bila terasa bahu dan cuping telinga kiriku sakit. Tempoh lima jam tidur dalam posisi mengereng memang amat mengazabkan. Bilamana cuping telingaku terasa sakit terbayang akan aku wajah Dr. Sng yang berdiri senyum di sisi katilku ketika aku di rawat di hospital dahulu.
“Bila kamu sehat nanti tulisankan pengalaman kamu dirawat di ICU selama 46 hari.”
“Ceritakan bagaimana cuping telinga kamu sakit terkepit bila terpaksa tidur mengereng,”kata Dr.Sng kepadaku.
“Satu hari nanti saya hendak membaca buku kamu!”katanya sambil tersenyum sebelum beredar keluar dari biliku.
Dr.Sng ialah Pakar Neurologi di hospital Glenneagle Intan, Jalan Ampang. Padaku dia bukan sahaja pakar Neurologi tetapi pakar motivasi. Walaupun aku bukanlah pesakit di bawah jagaanya tetapi beliau sering datang menziarahiku. Beliau sanggup meninggalkan kliniknya datang ke bilikku untuk memberi kata semangat dan motivasi kepadaku tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Beliau sanggup berdiri di sisi katilku lebih sejam menceritakan kepadaku perihal kisah kehidupannya. Kisah pengalaman beliau semasa sakit dan dirawat. Kisah bagaimana cuping telinga beliau terasa sakit bila terkepit akibat terlalu lama tidur dalam posisi mengereng. Rupanya beliau pun mempunyai pengalaman terkepit cuping telinga sepertiku.
Selepas keluar dari hospital, aku bertembung dengannya beberapa kali sewaktu menjalani sessi fisioterapi di hospital tersebut.
“Mana buku kamu? jangan lupa tulis,”itulah ungkapan yang sering dilontarkan kepadaku setiap kali bertembung dengannya.
Aku menyimpan impian untuk membukukan perjalanan hidupku setelah bergelar OKU. Menceritakan suka derita hidupku sebagai insan kurang upaya. Tetapi aku tidak pasti samada impianku akan tercapai kerana menulis buku bukanlah satu kerja yang mudah. Perlu ada tunjuk ajar dan komitmen.
Tetapi sekurang-kurangnya aku bersyukur, impianku untuk menulis kisahku sudah tercapai walaupun cuma di blog.
6 Comments |
Uncategorized |
Permalink
Posted by lagendabuta
February 17, 2007
Semalam pukul 7.30 pagi bekalan eletrik terputus. Kedua-dua kipas siling dan kipas sisiku terhenti, begitu juga ‘tilam angin’ (ripple mattress) pun turut menggempis.
Resah dan gelisah aku menantikan bekalan elektrik disambungkan kembali. Tilam anginku yang berfungsi menggurangkan tekanan dibahagian belakangku turut terhenti. Panas dan pijau terasa di seluruh badanku. Cuaca yang memang sudah panas di luar sana menambahkan lagi bahang di dalam badanku.
Aku memang tidak suka keadaan sebegini. Entah kenapa dengan TNB ini, makin kadar tarif eletrik naik semakin kerap pula bekalan elektrik terputus di kawasan ini.
Untuk menggurangkan kepanasan, isteriku menggelapkan badanku dengan tuala basah sambil itu aku berdoa mengharapkan bekalan elektrik segera disambungkan.
Aku cuba memejamkan mata agar dapat melupakan rasa panas seketika. Dalam hati berkata-kata ‘Ini baru panas di dunia belum lagi panas di akhirat’.
Pukul 12.30 tengahari, setelah lima jam berpanas dan bergelap, bekalan eletrik pulih kembali. Alhamdullilah…janganlah berulang lagi.
Bayangkanlah keadaan mereka-mereka yang bergantung hidup dengan bekalan eletrik. Tanpa bekalan elektrik alat mesin pernafasan (Ventilator) dan mesin oksijen (Oxcygen Concentrator) tidak berfungsi, tilam angin (ripple mattress) turut terhenti. Harap-harap jangan pula ada yang mati………..
5 Comments |
Uncategorized |
Permalink
Posted by lagendabuta
February 12, 2007
Semalam buat kali ketiga aku sekeluarga ke Jusco Cheras Selatan berjalan-jalan. Nampaknya sudah ada sedikit perubahan pada diriku. Aku sudah mula kerap melihat dunia luar dan tidak terperap lagi seperti sebelumnya.
Entah kenapa aku lebih gemar datang ke sini. Banyak shopping complex yang lain tetapi di sini aku suka dan selesa. Mungkin suasana persekitaran dan lokasinya membuat aku lebih gemar di sini.
Cuaca semalam agak panas terik juga, mungkin kesan fenomena El Nino. Seperti sebelumnya anakku memandu masuk mencari tempat letak kereta untuk warga OKU yang di sediakan oleh pehak komplek.
Puas mencari kesemua dua puluh tempat letak kereta untuk OKU sudah di penuhi. Emmm…ramai betul ya OKU bershopping hari ini. Daripada kereta kecil, kereta mewah hinggakan lori ikan pun parking disini. Mereka semua ini OKU ke?
Perghh….cuaca yang panas menambahkan lagi panasnya hatiku. Memang tiada kesedaran sivik langsung mereka-mereka ini. Parking di tempat biasa ada tetapi menyalah gunakan kemudahan untuk OKU. Nanti tuhan jadikan betul-betul sebagai OKU baru tahu…
Setelah berpusing-pusing agak lama barulah dapat tempat untuk meletak kereta, itu pun agak jauh juga. Setelah ditolak masuk aku terus ke kaunter informasi untuk membuat aduan. Memang hati tengah panas sepanas cuaca di luar sana. Aduanku didengar dengan penuh sopan santun oleh staff di kaunter itu. Hati yang panas tadi pun bertukar menjadi sejuk apabila layanan mesra dan tutur kata lembut yang kuterima. Aku meninggalkan kaunter dengan senyuman……..teringat peribahasa melayu ‘Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi. Yang cantik itu bahasa yang baik itu budi’
Setelah bershopping kami ke Mc Donald untuk membasahi tekak. Sudah jemu dengan sajian nasi kali ini makan burger pula. Lain kali datang ke sini kita ke Tenpeyaki makanan jepun pula…pesan anakku awa-awal.
Seperti biasa anak isteriku berganti-ganti menyuap makanan dan minuman ke mulutku. Sedang mereka leka menikmati makanan aku cuba menggerakkan tangan dan jariku untuk mencapai kentang goreng di hadapanku. Dengan menggunakan dua jari, aku menyepit kentang itu dan perlahan-lahan membawa ke mulutku …aku ingin mencuba sendiri! Percubaan pertama….aku berjaya melakukannya, cuba kali kedua aku berjaya lagi. Anakku Indah tersenyum melihatku sambil mengangkat ibu jari tanda bagus. Cubaan kali ketiga gagal sampai ke mulutku. Tangan dan jariku tidak larat untuk mencapainya…agaknya aku ini tidak boleh di puji…hehehe.
Semasa bergerak keluar ke tempat letak kereta, aku bertembung dengan seorang jiranku. Seorang pensyarah IPTA yang ada gelaran ‘Dr.’ di pangkal namanya. Rumahnya selang beberapa pintu di belakang rumahku. Dulu semasa aku sihat agak ramah denganku. Sepanjang lebih kurang lima tahun aku terlantar sakit tidak pernah langsung bertanya khabar apatah lagi menziarahiku. Tidak mengapa….ini hariku!!
Petang ini di takdirkan kami bertembung. Dia langsung tidak senyum mahu pun menyapaku. Pelik betul aku dengan sikap manusia ini. Mahalkah harga selirik senyuman? Baru sebentar tadi beberapa orang yang bukan ‘sebangsa’ denganku yang tidak mengenaliku dengan mudah melemparkan senyuman padaku.
Aku tertanya-tanya pada diriku, apa sudah jadi dengan manusia hari ini? Kecacatanku ini mengajar aku mengenal hati budi seseorang, mengajar aku mengenal mana teman sehati yang mana saudara sejati.
7 Comments |
Uncategorized |
Permalink
Posted by lagendabuta
February 12, 2007
Aku agak tertarik dengan melodi dan lirik lagu ini yang agak mendayu-dayu. Aku kira usia lagu ini telah mencecah 20 tahun tetapi baru kini bersua dengannya.
Aku rasa ada sesuatu tarikan pada lagu ini hingga aku tidak jemu-jemu mengulang dengarnya. Tidak semua orang berminat dengan lagu berirama begini. Aku rasa hanya mereka yang berjiwa halus dan sentimental sahaja yang mengemarinya.
Percaya atau tidak dalam masa dua hari aku telah mendengar dan menghayati lagu ini berpuloh kali…hehehe memang jiwang karat aku ini.
Ku kira mentari kan bersinar
Ku kira malam seribu bulan
Rupanya hujan di tengahhari
Membasahi seluruh tubuhku
Di kamar ku yang telah sepi
Tubuhmu kaku dan membisu
Air mataku bercucuran
Menjadi saksi kesedihan
Datanglah jeritan
Meronta-ronta di jiwa
Tak ada padaku
Mengawal kesedihan
Datanglah seribu kenangan
Bermain di depan mataku
Gurau senda ketika hidupmu
Tapi kini aku sendiri
Langit yang cerah jadi gelap
Api yang tenang jadi parah
Tak ku tahu kemanakah
Akan aku bawa hati ini
1 Comment |
Uncategorized |
Permalink
Posted by lagendabuta
February 11, 2007
Aku agak tertarik dengan melodi dan lirik lagu ini yang agak mendayu-dayu. Aku kira usia lagu ini telah mencecah 20 tahun tetapi baru kini bersua dengannya.
Aku rasa ada sesuatu tarikan pada lagu ini hingga aku tidak jemu-jemu mengulang dengarnya. Tidak semua orang berminat dengan lagu berirama begini. Aku rasa hanya mereka yang berjiwa halus dan sentimental sahaja yang mengemarinya.
Percaya atau tidak dalam masa dua hari aku telah mendengar dan menghayati lagu ini berpuloh kali…hehehe memang jiwang karat aku ini.
Ku kira mentari kan bersinar
Ku kira malam seribu bulan
Rupanya hujan di tengahhari
Membasahi seluruh tubuhku
Di kamar ku yang telah sepi
Tubuhmu kaku dan membisu
Air mataku bercucuran
Menjadi saksi kesedihan
Datanglah jeritan
Meronta-ronta di jiwa
Tak ada padaku
Mengawal kesedihan
Datanglah seribu kenangan
Bermain di depan mataku
Gurau senda ketika hidupmu
Tapi kini aku sendiri
Langit yang cerah jadi gelap
Api yang tenang jadi parah
Tak ku tahu kemanakah
Akan aku bawa hati ini
1 Comment |
Uncategorized |
Permalink
Posted by lagendabuta
February 9, 2007
Sekadar ingin melupakan seketika tentang kesakitan dan beralih sedikit kepada hiburan. Aku kira semua orang perlukan hiburan tetapi perlu ada keseimbangannya.
Perasan atau tidak kebanyakkan kisah-kisah hidupku di sisipkan dengan lirik-lirik lagu. Di blogku pula di iringi dengan pelbagai rentak irama lagu. Bagiku lagu bukan sekadar hiburan tetapi ada pengajaran dan cerita di sebalik liriknya.
Berbagai cara orang menggambarkan atau menyampaikan perasaan. Ada orang merakamkan lukisan hati melalui kanvas lukisan, menzahirkan perasaan jiwa melalui bait-bait puisi dan melontarkan kata hati melalui lirik-lirik lagu. Tidak kira samada perasaan suka duka, gembira kecewa mahu pun cinta derita.
Bagi aku yang tidak pandai melukis dan tidak petah berpuisi, hanya lagu sebagai gambaran hati dan lukisan rasa. Setiap lagu yang kuputarkan di sini adalah lontaran perasaanku atau putaran Nostalgiaku.
Setiap lagu pasti ada kenangan, lagu adalah diari kehidupan untuk dikenang….
Leave a Comment » |
Uncategorized |
Permalink
Posted by lagendabuta
February 9, 2007
Sekadar ingin melupakan seketika tentang kesakitan dan beralih sedikit kepada hiburan. Aku kira semua orang perlukan hiburan tetapi perlu ada keseimbangannya.
Perasan atau tidak kebanyakkan kisah-kisah hidupku di sisipkan dengan lirik-lirik lagu. Di blogku pula di iringi dengan pelbagai rentak irama lagu. Bagiku lagu bukan sekadar hiburan tetapi ada pengajaran dan cerita di sebalik liriknya.
Berbagai cara orang menggambarkan atau menyampaikan perasaan. Ada orang merakamkan lukisan hati melalui kanvas lukisan, menzahirkan perasaan jiwa melalui bait-bait puisi dan melontarkan kata hati melalui lirik-lirik lagu. Tidak kira samada perasaan suka duka, gembira kecewa mahu pun cinta derita.
Bagi aku yang tidak pandai melukis dan tidak petah berpuisi, hanya lagu sebagai gambaran hati dan lukisan rasa. Setiap lagu yang kuputarkan di sini adalah lontaran perasaanku atau putaran Nostalgiaku.
Setiap lagu pasti ada kenangan, lagu adalah diari kehidupan untuk dikenang….
10 Comments |
Uncategorized |
Permalink
Posted by lagendabuta
February 8, 2007

Sebut pasal lagu hindi ini, aku boleh di katakan peminat lagu-lagu hindi. Lagu-lagu hindi era 60an menjadi kegemaranku. Filem-filem hindi seperti Sangam, Bobby, Kuch Kuch Hota Hai dan banyak lagi menjadi kesukaanku. Filem hindi ini tidak boleh dilayan sangat nanti takut melekat depan tv berjam-jam. Filem-filem hindi ini seperti filem-filem P.Ramlee , tidak jemu diulang tengok.
Teringat aku di masa darjah satu dahulu, ayah dan ibuku membawa aku dan abangku menonton filem hindi, jika tidak silap di panggung Lido di Jalan Brickfield. Ayah dan ibuku menonton di tempat duduk ‘first class’, aku dan abangku menonton di bahagian depan sekali, kelas paling murah sekali…nak jimat bajet, aduhh sakitnya tengkok aku mendongak ke screen….sebab minat layan sajalah!!!!!
Lagu Kuch Kuch Hota Hai ini agak menarik juga melodinya. Aku suka lagu-lagu yang berirama sentimental tidak kira samada lagu china ke atau tamil. Filem ini aku tonton 3 atau 4 kali, masih tidak jemu-jemu hingga kehari ini. Ceritanya agak sedih juga, yang kelakarnya setelah tiga kali menontonnya baru aku faham jalan ceritanya.
Teringat aku masa menghadiri ‘brain storming’ di Port Dickson dahulu. Di sebelah malam semasa menghadiri makan malam topik yang diceritakan oleh salah seorang boss ku ialah filem ini. Aku ingat orang-orang kebiasaan sahaja yang meminati filem ini, rupanya orang-orang ‘educated’ pun minat sama…hehehe.
Jom layan lagu ini……….cop jap..layan lagu patah hati ini dulu.
Leave a Comment » |
Uncategorized |
Permalink
Posted by lagendabuta