Aku SuperMan…………

January 31, 2007
“Madam Oh madam, already six hours, I cannot tahan anymore, bahu sakit tangan sakit dah,” itulah ungkapan (usikan) atau tagline yang seringku gunakan untuk meminta isteriku mengubah posisi badanku.
Aku terpaksa menjalani sessi rawatan ini 5-6 jam pada waktu pagi bermula pukul 9.00 pagi. Ada juga yang bertanya padaku, rawatan apa yang aku jalani?. Pada mereka yang belum mengatahuinya, sessi rawatan yang di maksudkan ialah ‘sessi mengngereng’ bagi menggurangkan tekanan pada lukaku (bedsore). Bagi orang normal mungkin mengngereng itu perkara biasa tetapi orang sepertiku ia sesuatu yang agak susah dan berat…sakit, lengguh dan bosan semuanya ada.
Christhoper Revee watak ‘Superman’ sebelum sakit akibat ‘Spinal Cord Injury’ (SCI).
Sebelum itu aku mohon maaf sekiranya kalian bosan dengan ceritaku…asyik asyik cerita itu..itu..itu. Tiada cerita lain lagi ke? Cerita tentang artis ke, gossip ke? Jawapannya memang tiada. Di sini hanya ada cerita-cerita kisah diriku sahaja. Kisah kehidupan seharianku…kisah suka dukaku, kisah kesakitanku dan kenanganku.

Seperti kalian sedia maklum pergerakanku amat terbatas. Aku jarang bercampur dan melihat dunia luar. Keluar dari rumah pun setahun cuma dua atau tiga kali sahaja. Bukan tidak mahu bercampur dan melihat dunia luar…..mahu sangat-sangat dan teringin tetapi apakan daya fizikal dan kesihatanku tidak mengizinkan.

Untuk menghilangkan kebosanan aku menulis di blog. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesunyianku dan secara tidak langsung juga sebagai latihan dan therapi pada jari-jariku.

Revee lumpuh akibat SCI, meninggal dunia pada 2004,setelah sembilan tahun menderita . Apa kaitannya denganku…aku pun mengalami SCI seperti beliau. InsyaAllah aku diberi kekuatan oleh Allah untuk terus bernafas di dunia ini.

Berbalik pada diriku, sejak akhir-akhir aku agak bosan melakukan sessi rawatanku. Sejak lebih empat bulan yang lalu rutin ini aku lakukan tetapi tidak nampak tanda-tanda positif. Kadang-kadang rasa marah, benci dan geram pada keadaan dan diriku ini. Orang melihat aku tersenyum, mampu menulis dan kadang kala berinteraksi dan bergurau di blogku tetapi di sebaliknya kehidupanku amat membosankan. Tetapi bila di ingatkan ini cuma sedikit dugaan yang Allah berikan padaku. Di luar sana lebih ramai lagi yang menderita penyakitnya, fikiranku kembali positif dan bersyukur.

Lukaku ini membuat aku tidak mampu untuk duduk lama. Walaupun aku hilang deria rasa tetapi oleh kerana lukanya agak besar dan dalam membuat aku merasa kepedihannya bila di dalam posisi duduk…..panas, pijau dan perit semuanya terasa.

Kadang-kadang aku sendiri keliru, adakah deria rasaku sudah kembali pulih atau sakit itu cuma perasaanku sahaja. Untuk menguji samada deria rasaku sudah kembali pulih, isteriku menyapu sejenis ubat luka yang agak pedih ‘Porvidin’ namanya, ermm…langsung tidak terasa kepedihan pada lukaku…aku keliru.

Hanya ini untuk kali ini…..aku Superman

Mood Demontrasi….Sekadar Nostalgia

January 27, 2007
Gambar di ambil dari web Tian Chua
Entah mengapa dalam seminggu ini jariku banyak menjurus melayari laman-laman web pro Barisan Alternatif. Aku lebih suka menyebut Barisan Alternatif daripada menyebut Parti Pembangkang.

Dari satu web ke satu web aku merayau-rayau untuk mendapatkan berita dan gambaran. Dari isu kenaikan Tol, isu kenaikan petrol hingga isu terhangat masa kini ‘Pemboikotan’ pilihanaraya kecil Batu Talam’, semuanya aku terjah masuk.

Beberapa web tv alternatif membuat aku tercongok menghabiskan masa melihat, mendengar dan mentafsir. Siri ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) berkenaan kempen pemboikotan di Batu Talam amat menarik sekali untuk didengar dan difikirkan. Berbagai isu rakyat di kupas oleh beliau, memang hebat DSAI ini. Di sini tidak perlu aku perincikan secara detail isu-isu yang di perkataan olih DSAI kerana blogku bukanlah blog politik.

Gambar di ambil dari web Tian Chua

Paling aku tertarik web WTV8, menunjukkan demontrasi membantahkan kenaikan tol di tol Sunway. Emm…hilang rindu bila dapat melihat wajah-wajah temanku disitu. Terasa mahu saja aku bangkit dari katil ini untuk turut sama berdemontrasi. Turut sama dalam demontrasi itu ialah Syed Sharir, Tan Sri Khalid Ibrahim, Dr. Badrulamin, Mat Sabu, Hj. Mahfuz Omar, Tian Chua dan ramai lagi.

Aku tersenyum-senyum teringat zamanku dahulu yang turut sama berdemontrasi. Antara ungkapan yang menarik dan mengimbau nostalgiaku yang di laungkan oleh pendemontrasi di situ ialah

TOL ‘Tipu Orang Lagi’ ‘Hidup..hidup..hidup rakyat, tolak..tolak..tolak..BX,’ yang dilaung berulang kali.

Oleh kerana seronok dan teruja dengan aksi-aksi yang di tunjukkan oleh pendemontrasi, aku memangil anakku Indah untuk turut berkongsi mengimbau pengalaman bersamanya dahulu ketika berdemontrasi di depan Sogo dan di hadapan Balai Polis Dang Wangi. Ketiga tiga anakku termasuk isteriku pernah bersamaku berdemontrasi satu ketika dahulu….hehehe…satu famili kaki reformasi.

“Apalah ayah, cakap tak serupa bikin, kata tak mahu lagi terlibat dengan politik.”
“Merajuk kononnya dahulu,” kata Indah merujuk kepada kenyataanku satu masa dahulu yang agak kecewa dan merajuk dengan Barisan Alternatif.

Aku hanya tersenyum simpul mendengar kata-katanya dan terus menonton WTV8

  • Mood Demontrasi….Sekadar Nostalgia

  • Sekadar Cerita……

    January 24, 2007
    Dua tiga hari ini aku masih dalam keadaan ‘lentok’ kesan dari ubat batuk yang aku ambil. Kali ini aku betul-betul batuk bukan sengajaku ambil. Bila dalam keadaan begini aktiviti harianku mengadap laptop pun berkurangan. Jika sebelum ini aku mampu bertahan sehingga pukul 4.00-5.00 pagi tetapi kali ini tidak lagi. Pukul 8.00 malam aku sudah terlentok, betul-betul rehat aku.

    Hari ini aku sudah berhenti mengambilnya walaupun batukku belum juga reda. Aku tidak mahu memanjang tidur. Kesan dari ubat batuk ini juga tidak baik buat diriku. Walaupun dapat berehat tetapi tidurku terganggu kerana di selang seli dengan percakapan. Aku akan bercakap dan terus bercakap dalam tidurku. Entah apa yang aku bebelkan dan marahkan, aku sendiri pun tidak tahu. Keadaan ini bermula sejak aku jatuh sakit sebelum ini tidak begitu. Isteri dan anakku sudah lali dengan keadaan ini. Semacam ada sesuatu yang tidak kena pada tidurku…entahlah.

    Hari minggu lalu dalam perjalanan pulang dari rumah Mak Ngahku sempat aku sekeluarga singgah ke pusat membeli belah Jusco. Kesian anakku ‘Indah’, merayu-rayu mengajakku singgah sebentar di Jusco. Memang telah lama kami tidak keluar bersama membeli belah sebegini. Selalunya isteriku yang membawa mereka membeli belah sementara aku menunggu sahaja di rumah.

    Jusco Jalan Cheras menjadi pilihan anakku. Besar sungguh kompleknya dan baru di buka. Tempat letak kereta yang di sediakan agak luas dan percuma pula. Untuk warga OKU di sediakan parking khas di depan komplek tersebut tetapi sayang ia di penuhi oleh kereta-kereta mewah ‘warga berupaya’. Nampaknya tahun baru dan Maal Hijrah tidak dapat mengubah pemikiran segelintir warga berupaya ini. Pemikiran masih di takuk lama, mementingkan diri sendiri dan tidak peka. Pehak pengurusan komplek juga turut bersalah kerana membiarkan perkara ini berlaku.

    Di depan Jusco, apa yang sedang di buat oleh isteriku itu?
    Aku suka suasana di dalam komplek ini, majoriti di penuhi oleh bangsa cina. Pergerakkanku tidaklah di perhatikan seperti mana komplek yang pernah aku pergi sebelum ini. Mereka tidak kisah dan ada pula yang sempat memberi senyuman kepadaku. Tidak seperti segelintir bangsaku, memandangku seakan pelik hingga ada yang memusing leher. Mereka gemar memerhati dan mentafsir….maaf ya bukan mengata bangsaku tetapi realiti.

    Hampir tiga jam aku di sini melayan kehendak dan kerenah anak-anakku, tidak mengapa bukan selalu begini. Punggungku yang ‘sepi’ tadi sudah mula menunjukkan tanda-tanda tidak selesa. Aku bukan boleh duduk lama sebegini……..resah dan gelisah.

    Kami sempat singgah ke Pizza Hut menjamu selera. Teringat aku waktu-waktu dahulu saban minggu kami sering keluar makan bersama-sama. Pizza Hut, Mc.Donald, KFC, Mira Seafood dan Mamak Corner menjadi pilihan kami.

    Di sinilah kami selalu berkumpul, berbincang dan bercerita sambil menjamu selera. Di sinilah anak-anakku bergurau senda dan usik mengusik sesama mereka. Tetapi kini suasana sudah berubah dan terasa kehilangan sesuatu dalam hidup kami. Anak-anakku yang kecil dahulu kini sudah mulai dewasa. Jika dahulu aku memegang dan memimpin tangan mereka bila berjalan dan melintas, kini giliran mereka pula menolak kerusi rodaku. Jika dahulu aku yang menyuapkan pizza ke mulut mereka tetapi kini giliran aku pula di suapkan…huhuhu

    Sekadar Cerita……

    Seronoknya……..

    January 22, 2007
    Hari ini aku agak keletihan kerana semalam aku sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan anak Mak Ngahku di Bandar Baru, Sg. Buluh. Sejak jatuh sakit inilah majlis pertama yang aku hadiri selain majlis perkahwinan anakku. Sebelum ini ada juga aku menerima jemputan ke majlis begini tetapi masalah kesihatan dan fizikalku membataskan aku untuk menghadirkan diri.

    Sebenarnya aku memang tidak sabar untuk kerumah Mak Ngahku ini. Tidak sabar untuk berjumpa makcik-makcik dan pakcik-pakcikku. Kali akhir aku kerumah Mak Ngahku ialah sepuluh tahun lalu agaknya , di masa perkahwinan sepupuku Marini. Teruk betul perangaiku dahulu, tidak kisah untuk menziarah saudara mara. Bila sudah sakit dan jadi begini barulah mula teringin menziarahi mereka. Pepatah ada mengatakan ‘Sudah terhantok barulah terngadah’ itulah aku….

    Semalam aku amat terharu bila ketibaanku di sambut oleh Mak Ngah, Pak Ngah, Mak Lang, Mak Itam, Mak Njang, Pak Usu, Ayah dan Sham sepupuku. Sudah lama aku kehilangan suasana kekeluargaan dan kemesraan seperti ini. Sambil menjamu selera aku terhibur bila mendengar pakcik dan makciku berduet berkaraoke. Aku ingin lama di sini tapi apakan daya fizikalku tidak mengizinkan aku duduk lama di sini.

    Aku amat terharu bila makcik-makcikku mencium dahi dan pipiku sebelum aku pulang…terharu sangat-sangat. Inilah ‘Kenangan Terindah’ di tahun baru Hijrah.

    Dapatkah lagi aku merasai suasana sebegini…………

    Dari Sanggang Ke Indera Kayangan

    January 18, 2007

    Pilihanraya kecil Batu Talam akan di adakan lebih kurang dua minggu lagi. Aku teringat nostalgia semasa aku berkempen untuk pilihanraya-pilihanraya kecil Sanggang, Telok Kemang, Betong dan akhir sekali Indera Kayangan, Perlis.

    Di pilihanraya Lunas, aku tidak pergi berkempen kerana tiada dapat cuti dan di adakan pula di bulan ramadhan. Memang amat menyeronokkan pergi berkempen di setiap pilihanraya. Di setiap pilihanraya ada tersisip kenangan pahit manis buatku.

    Kerusi parlimen Indera Kayangan, Perlis merupakan negeri terakhir aku berkempen sebelum aku jatuh sakit. Semasa pilihanraya kecil Pendang di Kedah, aku sedang terlantar sakit di hospital. Walaupun sedang sakit aku turut ke sana berkempen tetapi melalui mimpiku, ekstremnya aku…..hehehe.

    “Bila untung kasik Renong, bila rugi rakyat tanggung” , “Yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana….reformasi!!,” antara slogan reformasi yang masih aku ingat.

    Gambar dari lensa kameraku yang sempat aku rakam di beberapa lokasi di zaman Reformasi.

    Double klik untuk besarkan gambar.

    Gambar semasa pilihanraya kecil Sanggang, Pahang Jan’2000. Aku yang memegang bendera DAP. Kenapa aku memegang bendera DAP? Pertama nak menarik kaum cina supaya menyokong calon Pas. Kedua sebab aku tidak pernah naik roket!! hehehe. Baju yang aku pakai pun berlambangkan bendera-bendera parti pembangkang. Beli pakai duit sendiri, sponsor-sponsor tak mainlah. Menyokong parti pembangkang tidak bererti menjadi pembelot negara….Malaysia negara demokrasi.

    Gambar Tian Chua di tangkap pada hari kes rayuan Dato Seri Anuar Ibrahim. Gambar aku rakam di belakang Bangunan HSBC Jalan Benteng. Semasa merakamkan gambar ini aku turut di sergah oleh SB…..kus semangat!!! aku lari tidak cukup tapak..ekekeke.

    Gambar Gobalakrishnan di tangkap di depan Mahkamah Seysen, Kuala Lumpur. Demontrasi di adakan pada hari pendengaran perbicaraan reformis-reformis yang tertangkap.

    hehehe…ini gambar aku yang memakai vest hitam sedang bersalaman dengan anggota polis. Ada satu ketika aku pernah di maki oleh pendemotrasi yang menyangka aku polis (SB). Aku suka membawa beg sendeng ala-ala SB setiap kali menyertai demontrasi. Apa yang ada dalam beg itu? bekal nasik ke? hehehe….ada kamera dan teropong ler. Gambar di ambil di depan Kementerian Kewangan, Jalan Duta. Demontrasi dan protes berkaitan isu royalti minyak bersama rakyat Terengganu… …..na na na na Ganu kite.

    Gambar pembebasan Hj. Mahfuz Omar di Penjara Kajang yang sempat aku rakam. Jika tidak silap pembebasan di buat di hari Jumaat bulan ramadhan. Bulan puasa pun reformasi tetap di teruskan. Hari itu aku berkonvoi ‘merempet’ dari Kajang ke Taman Melewar….sungguh meriah.

    Gambar-gambar ini sekadar ‘nostalgia’ buat diriku tiada niat untuk menghasut mahu pun memfitnah. Aku banyak menyimpan koleksi gambar di zaman reformasi yang aku rakam sendiri dari kameraku.

    Zaman reformasi sudah berlalu, teman-teman reformis sudah lama meninggalkan aku. Kini aku sendirian meneruskan perjuanganku. Perjuangan menempuh hari-hari seterusnya sebagai OKU.

    Perjuangan yang belum selesai………….

    IceSoul..Terima Kasih

    January 17, 2007
    Hari ini aku menerima kiriman buku dan komik dari salah seorang penggunjung blogku saudara IceSoul. Jika tidak silap saudara IceSoul adalah seorang pelukis, kartunis dan penulis.

    Buku-buku itu amat menarik sekali tetapi belum berkesempatan untuk aku baca sekadar menjeling-jeling dahulu. Aku terpaksa ‘meminjam’ tangan dan jari-jari anakku ‘Indah’ untuk menolongku membacanya. Aku tidak mampu memegang dan menyelak helaian-helaian buku tersebut. Menarik sungguh salah satu tajuk buku tersebut ‘Sahabat Kole Kacang’. Jika ingin tahu apa itu ‘Kole kacang’, dapatkan buku tersebut……hehehe.

    Buat saudara IceSoul, terima kasih atas kiriman buku dan komik tersebut. Untuk mengenali saudara IceSoul sila ke blog/web beliau di bawah ini.

    Cerita dunia kanak-kanak yang penuh dengan konflik dan ada saja kanak-kanak jahat yang suka menyusahkan orang lain. Apa tu Kole kacang?

    Komik hasil karya IceSoul

    Kata aluan dari IceSoul di ambil dari komiknya

    Majalah/komik berbentuk keagamaan, terdapat hasil tulisan dan lukisan IceSoul di dalamnya.