Ceritaku…Menu

Sebaik-baik saja aku habis menulis ceritaku tempohari, aku terus demam tiga hari. Sebab aku gunakan waktu tidur dan rehatku untuk menulis dan bercerita. Demamku agak kuat juga hingga memaksaku berbuka puasa sehari, bukan sebab aku lapar atau dahaga tetapi kerana menelan ubat menahan kesakitan. Bila terbaring dan terasa sakit, rasa serik untuk menulis, tetapi bila sudah sehat….aku kembali bercerita, aku sememangnya degil…

Setelah tiga hari asyik makan aiskrim sahaja, kali ini aku di beri menu baru untuk hari-hari seterusnya. Aku di benarkan makan jelly yang di makan oleh anak- anakku ketika berusia tiga tahun. Aduh….hampa lagi aku, dah terbayang olehku untuk menikmati nasi goreng kampung atau nasi kari mamak.

Isteriku pun pergi ke kedai berdekatan mencari jelly untukku. Berbagai warna dan perisa di belinya, ada perisa oren ada perisa laici, murah saja harganya RM0.50 sen sebiji. Makan pun bukan boleh banyak, perlu di lecek-lecek dan di hancurkan sebelum dimasukkan ke mulut.

“Sedap encik makan jelly?”soalan yang sama di tanya padaku.

Aku cuma tersenyum tanda ia dan suka walaupun di hati meruntun pilu. Aku mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan sebiji jelly. Seorang kanak-kanak bolih menghabis dalam masa seminit, aku mengambil masa hampir setengah jam untuk sebiji jelly.

Sedang leka menghadapi menu tenggahariku, rakan isteriku datang menzirahiku. Dia berdiri di hujung katilku sambil tersenyum. Selepas habis perisa oren aku ingin perisa laici pula kerana aku belum kenyang dah belum puas menikmatinya.

Isteriku melecik jelly itu se halus-halusnya agar aku tidak tercekik memakannya. Aku dapat rasakan perasaannya ketika menyuap ke mulutku begitu juga aku, cuma antara kami pura-pura tidak tahu.

Tiba-tiba rakan isteriku tidak dapat menahan perasaannya. Berderai-derai air matanya gugur ke pipi setiap kali isteriku menyuap jelly ke mulutku. Aku cuba bertahan agar aku juga tidak mengikut hiba pilunya.

“Cik jangan menanggis depan patient,”tegur Dr. Salim kepadanya.
“Kita patut beri semangat padanya, kalau Cik menanggis dia turut hilang semangat,”jelas Dr. Salim kepadanya lagi.

Aku cuma berdiam diri pura-pura tidak dengar apa yang di perkatakan oleh Dr. Salim. Rakan isteriku mula menggelap air matanya sambil memberi senyuman padaku. Dalam diam tidak diam sudah dua biji jelly berjaya aku habiskan walaupun ianya tidak memberi kesan kepada perutku. Sekurang-kurangnya lidah sudah boleh membezakan yang mana manis yang mana masam….Alhamdullilah.

Hanya ini yang mampu aku coretkan untuk kali ini….aku takut demam lagi!

2 Responses to “Ceritaku…Menu”

  1. baiksss Says:

    apabila ks bercerita mengenai ks terponteng puasa sehari tu,sy teringat adik bongsu sy yg namanya asyraf.sy call umah cakap ngan dia minggu lepas.borak punya borak,sy tertanya dia puasa penuh tak tahun ni.katanya dia tak puasa sehari.

    apabila ditanya kenapa,dia ckp hari tu dia penat,lapar dan dahaga yang teramat seakan nak mati.sy tersengih bila dia ckp macam tu.tapi katanya mak tak tahu.ayah sahaja yg tahu.tau pun sebab terkantoi.dia berbuka puasa tengah hari tu makan aiskrim.pastu bekas aiskrim lepak2 atas lantai.ayah sy blk umah tgk bekas aiskrim,taulah yg dia tak puasa.kena marah kejap.hehe

    tapi takperla,tuhan tidak akan menyusahkan hamba2nya yg tak berkuasa,yer tak? bila waktu dah sihat dan bertenaga,gantilah mana yang lompong tu,takde masalah.

    sy kurang suka jeli yang bermacam warna tu.nak mula makan payah,tapi kalau dah start makan,boleh jer makan banyak2.kalau sebiji 50sen,mahal la tu ks.rasanya sebiji seposen ker ape kan.taktaula kalau jenisnya lain.hehe

    setakat ni bebelan sy kali ini.cuma sy harap ks sentiasa jaga kesihatan yer.cerita pun cerita jugak,tapi jgn smp memudaratkan diri sendiri.kalau demam bagitahu sy,sy nak pi cek.demam betul ker demam nak bercerita tu.hihi. :-)

  2. K@ssim Sel@m@t Says:

    terkantoi gak dia yer…hehe..biasa ler budak2, baiksss pun mcm tu gak dulu..hihihi
    makasih baiksss nnt datang cek sy ek..sy buat2 demam yer.

Leave a Reply