Nilai Sekeping Kad Raya

October 31, 2006
Sudah seminggu kita menyambut Syawal, pun begitu aku masih menantikan kalau-kalau ada kad ucapan raya dari teman-temanku yang mungkin terlewat tiba….malunya aku tertunggu-tunggu.

Jika pada tahun lepas aku tidak menerima walau sekeping kad pun dari sesiapa tetapi tahun ini aku gembira kerana menerima beberapa keping kad raya dan e-kad dari teman-teman cyberku antaranya dari Zura, Keshi, baiksss, epelijau dan partner, Azuna, Pak Ngah, Sakura dan Aina. Tidak lupa juga buat teman-teman yang mengucapkan selamat hari raya melalui mesej box di blogku. Buat pengunjung-pengunjung blogku yang sekadar singgah dan keluar, terima kasih juga kerana sudi menziarah blogku.

Sekeping lagi kad dari ‘Malaysian-Reinsurance’ bekas majikanku, pada mulanya ku ingat dari rakan-rakan se department ku dahulu. Bila dibacakan oleh anakku rupanya bukan. Kad ucapan dari rakan-rakanku di LSR Department, terima kasih saudara Nazir, Razak, Kish, Wati dan beberapa rakan lagi kerana masih menggingatiku walaupun sudah lima tahun aku tinggalkan Malaysian-Re.

Buat rakan-rakan se department ku dahulu, mungkin kalian terlalu sebok atau terlalu seronok untuk menyambut raya sehingga terlupa melayangkan sekeping kad pengganti diri buat rakanmu ini atau diri ini telah hilang dalam lipatan ingatan kalian. Sememangnya aku ternanti-nantikan kad dari kalian, buatku, setiap kali tibanya ramadhan, wajah-wajah manis kalian tetap di dalam ingatanku cuma jariku agak lemah dan tidak mampu untuk melayangkan kad buat kalian.

Sesungguhnya sekeping kad raya pada Syawal yang mulia ini membawa seribu makna dan nilai buat insan yang cacat sepertiku.

Nota: Rakan-rakan pejabat lamaku Kak Yati, Kharudin, Asnah dan keluarga datang beraya kerumahku…sukanya hatiku. Mereka membawa sekeping CD ucapan selamat hariraya dari rakan-rakan se department ku….rupanya mereka masih menggingatiku….huwawawa……..terharunya.

Aduiii…Deritanya Luka

October 30, 2006
Luka di tangan nampak di mata, luka di hati tak siapa yang tahu. ‘Yang terguris tak nampak di mata, yang terhiris terluka’ itu Mawi yang cakap bukan aku yang cakap…aku memang suka dengan lirik lagu ini. Dalam kelukaan ada kegembiraan.

Sebelum itu aku memohon maaf kerana buat pertama kalinya aku mempamerkan lukaku di blogku ini. Bukan untuk mempromosi atau mempublisitikan lukaku tetapi sekadar untuk berkongsi keperitan yang aku tanggung selama ini akibat lukaku ini.

Sejak akhir-akhir kesihatanku sering terganggu kesan dari lukaku ini. Sudah lebih empat tahun isteriku merawat lukaku ini tetapi masih belum pulih sepenuhnya. Zahirku mungkin tidak terasa kesakitannya kerana aku hilang deria rasa tetapi batinku menanggung keperitannya.

Kepada rakan-rakan penggunjung blogku ini sekiranya mempunyai pengalaman dari saudara mara yang pernah menghadapi luka sepertiku atau tahu cara-cara untuk menyembuhkan lukaku ini di harap dapat berkongsi denganku agar aku terus sehat dan dapat menulis dan bercerita kembali.

Pagi Rayaku…

October 27, 2006
Bersua kembali di Syawal yang mulia ini. Malam raya tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang lalu, aku tidak berpeluang ke rumah mertuaku bersama menghadiri takbir raya kerana kurang sehat.

Pagi raya, se awal pagi aku sudah bangun tapi tak berpeluang untuk mandi sunat aidil fitri dan sholat sunat aidil fitri faham-fahamlah keaadaanku. Chombi membersihkan diriku, memakaikan pakaian baju melayu buatku…hijau air warna bajuku. Tatkala itu takbir raya sedang berkumandang, berjurai-jurai airmataku mengalir ke pipi, sedih mengenangkan arwah ibuku kerana aku tidak mampu menziarah pusaranya di pagi raya, sedih kerana ini adalah kali ke lima aku menyambut aidil fitri sebagai OKU. Tambah lagi aku demam pada pagi raya itu…membuak-buak airmataku tanpa boleh di tahan-tahan. Sungguh murah airmataku…kata isteriku.

Setelah bermaaf-maafan dengan isteri dan anak-anak kami ke rumah mertuaku. Sekali lagi perasaan hiba mengetuk-ngetuk hati dan perasaanku bila mencium tangan ibu mertuaku.…sedih kerana aku tidak seperti dahulu lagi, kalau dahulu aku melutut di depannya memohon maaf tetapi sekarang tidak mampu berbuat begitu lagi. Memang sukar di tepis perasaan pilu ini apa tah lagi di pagi raya.

Setelah menjamah lodeh yang menjadi makanan kegemaranku di hari raya, aku meminta isteri dan adik iparku meletakkan aku di atas katil kerana aku tidak mampu duduk lama di kerusi roda. Sepanjang hari aku hanya berbaring di katil…itulah hari rayaku, tiada kunjung menggunjung.

Ceritaku…Menu

October 18, 2006
Sebaik-baik saja aku habis menulis ceritaku tempohari, aku terus demam tiga hari. Sebab aku gunakan waktu tidur dan rehatku untuk menulis dan bercerita. Demamku agak kuat juga hingga memaksaku berbuka puasa sehari, bukan sebab aku lapar atau dahaga tetapi kerana menelan ubat menahan kesakitan. Bila terbaring dan terasa sakit, rasa serik untuk menulis, tetapi bila sudah sehat….aku kembali bercerita, aku sememangnya degil…

Setelah tiga hari asyik makan aiskrim sahaja, kali ini aku di beri menu baru untuk hari-hari seterusnya. Aku di benarkan makan jelly yang di makan oleh anak- anakku ketika berusia tiga tahun. Aduh….hampa lagi aku, dah terbayang olehku untuk menikmati nasi goreng kampung atau nasi kari mamak.

Isteriku pun pergi ke kedai berdekatan mencari jelly untukku. Berbagai warna dan perisa di belinya, ada perisa oren ada perisa laici, murah saja harganya RM0.50 sen sebiji. Makan pun bukan boleh banyak, perlu di lecek-lecek dan di hancurkan sebelum dimasukkan ke mulut.

“Sedap encik makan jelly?”soalan yang sama di tanya padaku.

Aku cuma tersenyum tanda ia dan suka walaupun di hati meruntun pilu. Aku mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan sebiji jelly. Seorang kanak-kanak bolih menghabis dalam masa seminit, aku mengambil masa hampir setengah jam untuk sebiji jelly.

Sedang leka menghadapi menu tenggahariku, rakan isteriku datang menzirahiku. Dia berdiri di hujung katilku sambil tersenyum. Selepas habis perisa oren aku ingin perisa laici pula kerana aku belum kenyang dah belum puas menikmatinya.

Isteriku melecik jelly itu se halus-halusnya agar aku tidak tercekik memakannya. Aku dapat rasakan perasaannya ketika menyuap ke mulutku begitu juga aku, cuma antara kami pura-pura tidak tahu.

Tiba-tiba rakan isteriku tidak dapat menahan perasaannya. Berderai-derai air matanya gugur ke pipi setiap kali isteriku menyuap jelly ke mulutku. Aku cuba bertahan agar aku juga tidak mengikut hiba pilunya.

“Cik jangan menanggis depan patient,”tegur Dr. Salim kepadanya.
“Kita patut beri semangat padanya, kalau Cik menanggis dia turut hilang semangat,”jelas Dr. Salim kepadanya lagi.

Aku cuma berdiam diri pura-pura tidak dengar apa yang di perkatakan oleh Dr. Salim. Rakan isteriku mula menggelap air matanya sambil memberi senyuman padaku. Dalam diam tidak diam sudah dua biji jelly berjaya aku habiskan walaupun ianya tidak memberi kesan kepada perutku. Sekurang-kurangnya lidah sudah boleh membezakan yang mana manis yang mana masam….Alhamdullilah.

Hanya ini yang mampu aku coretkan untuk kali ini….aku takut demam lagi!

Ceritaku…Menu

October 17, 2006

Ceritaku Lagi……..

October 12, 2006

Aku ingin menyambung kembali kisah dari cerita ‘Misteri Ceritaku’ dahulu. Walaupun keadaan kesihatanku masih belum begitu pulih sepenuhnya tetapi oleh kerana minatku untuk bercerita aku gagahi juga untuk meneruskan ceritaku. Seperti yang sering aku katakan, setiap hentakan jariku ke papan keyboard adalah satu tekanan dan kerahan tenaga pada fizikalku mahu pun lukaku. Aku mahu rakan-rakanku tahu bukan mudah untuk aku menzahirkan cerita-ceritaku. Sambil membaca dan mendengar ceritaku, aku berharap kalian turut sama menyelami perasaan dan kesengsaraan aku.

Selepas setiap kali aku selesai mengadap laptop dan menulis ceritaku, bila tiba masa isteriku membuat dressing pada lukaku pasti dia akan merunggut dan bersuara.

“Tengok gauze ini penuh darah, luka berdarah balik! Abang ini memang degil sangat,” rungut isteriku.

Aku hanya diam membisu kerana aku tahu memang salahku. Tapi apa dayaku, aku memang suka menulis dan bercerita. Hanya cara ini sahaja aku melepaskan tension ku.
Inilah senario yang terjadi padaku bila aku duduk terlalu lama di atas katil dan menulis.

Kembali kepada ceritaku, setelah dua hari dibedah aku mula tersedar dari mimpi-mimpi buruk. Ketika ini aku masih tidak mengerti apa yang terjadi pada diriku. Di badanku penuh dengan wayar-wayar seperti sebuah kereta yang sedang di buat ‘allignment dan balancing’. Di leherku di tebuk dan di pasang host dan di sambung dengan mesin bantuan pernafasan (Ventilator). Di hidungku di masukan tiub sebagai ganti mulut untuk di salurkan susu dan ubat-ubatan….aduh seksanya aku. Keseluruhan anggota tubuh badanku kaku hanya kepala sahaja yang boleh di gelengkan. Ketika itu aku tidak tahu bahawa aku telah lumpuh untuk selamanya. Aku fikir ini hanya untuk sementara sahaja kerana aku cuma demam.

“Ayah….apa nombor plet kereta ayah?”
“WHY 2004,” bisikku.
“Bila tarikh perkahwinan ayah,”tanya anakku lagi.
“21 Disember 1985,” bisikku.

Itulah soalan-soalan yang mula-mula ditanyakan kepadaku bila saja aku membuka mata.

“Ini Itam pegang kaki rasa ke tidak, kaki sebelah mana?”tanya makcikku.
“Kiri,”bisikkku walaupun sebenarnya aku tidak merasa apa-apa.
“Salah, ini kaki kanan,”jelas makcikku.

Sebentar kemudian aku dengar makcikku bersoal jawab dengan doktor yang merawatku. Mungkin makcikku tidak berpuas hati terhadap apa yang sedang aku alami.

“Dalam keadaan kitikal, nyawa pesakit lebih penting di selamatkan dahulu dari risiko yang bakal di hadapi kemudian hari,”terang doktor kepada makcikku.

Makcikku bersetuju walaupun masih tidak berpuashati dengan penjelasan doktor itu.

Selama tiga minggu aku bergantung minum melalui tiub di hidungku. Ini bermakna sudah tiga minggu aku tidak menjamah nasi mahu pun meneguk air. Sesekali aku meminta isteriku mencabut tiub dari hidungku kerana aku rasa kurang selesa. Setiap kali bila nurse menyalurkn ubat melalui tiub itu terasa sejuk di kerongkongku. Terasa mahu saja aku meminta nurse memberiku minum ubat terus melalui mulutku.

Disuatu pagi datang seorang nurse tersenyum menghampiri katilku.
“Encik hendak makan?”katanya padaku.

Aku menggangukkan kepala tanda mahu dan gembira. Isteriku pun turut tersenyum kerana suaminya sudah di benarkan makan. Aku mula bayangkan untuk menikmati nasi yang sudah tiga minggu tidak ku jamah. Sangkaanku meleset sekali, aku cuma di benarkan makan aiskrim Wall yang berharga RM1 yang di beli oleh isteriku. Hampa aku…….

“Sedap encik aiskrim?”tanya nurse kepadaku.

Aku cuma tersenyum tanda sedap dan gembira. Okeylah sekurang-kurangnya bibir dan lidahku sudah mula merasa walaupun hanya aiskrim.

“Dua hari lagi encik boleh makan benda yang lain pula,”kata nurse sambil tersenyum.

Aku leka menikmati kesejukan dan keenakan aiskrim Wall walaupun perasaan hiba mula mengetuk hatiku.

Di kisah seterusnya akan aku ceritakan bagaimana airmata rakanku berjurai jatuh melihatku makan dan juga air mataku menitis menghadapi situasi getir.

Ceritaku Lagi……..

October 11, 2006