August 24, 2006

Sudah dua hari aku berjaga malam hingga dinihari. Aku jadi musafir malam yang berjalan dari satu blog ke satu blog, dari satu negeri ke satu negeri melintasi benua. Orang leka di ulit mimpi aku pula asyik di buai fantasi. Walau pun di dunia realiti jasadku terperuk dan terpenjara tapi di alam cyber aku bebas bergerak kemana sahaja yang aku hajati tanpa mengharapkan kaki.
Teringin pergi ke KLCC?, tekan saja link nya sampailah aku ke sana. Teringin hendak bercuti ke Pulau Langkawi? tekan saja tak perlu naik teksi tak perlu naik feri sampailah ke destinasi. Mindaku happy walaupun ianya bukan realiti.
Ramai teman baru yang aku kenali menggantikan teman lamaku yang menghilang diri mahu pun yang melarikan diri, aku akur dengan realiti hidup ini….hehehe. Teman datang dan pergi tapi aku tetap begini….kuikuikui.
Hari ini aku tidak mampu berjaga malam lagi, letih dan lesu menyapa diri . Kesan akibat duduk terlalu lama ‘bedsore’…demam aku hari ini…..ahakk ahakk!!. Dalam keadaan begini emosiku cepat tersentuh, di dalam hati terasa sedu tak siapa yang tahu biarlah menjadi rahsia hatiku….. itu siti cakap bukan aku yang cakap….huhuhu!!!!!
Bintang-bintang yang ku ambil tanpa izin dari tuan punya – Azuna -
Leave a Comment » |
Uncategorized |
Permalink
Posted by lagendabuta

1 Comment |
Uncategorized |
Permalink
Posted by lagendabuta
August 23, 2006
hehehe blogku di ulas oleh Pengkritik Blog, terima kasih di atas ulasan/kritikan itu. Tersengeh sengeh aku membaca ulasanmu itu, perasan sekejap…kuikuikui
klik di bawah ni untuk sama membaca ulasannya.

makasih Duke Amiene Rev
Leave a Comment » |
Uncategorized |
Permalink
Posted by lagendabuta
August 23, 2006

Aduii…punggungku luka lagi
Aku tak merasa kesakitannya
Tetapi, payah isteriku merawatnya
Aduii…punggungku luka lagi
Yang dulu belum baik
Dah timbul yang baru lagi
Aduii…punggungku cedera lagi
Aku tak merasa kepedihannya
Tapi badanku merasa kesengsaraan
Aduii ..aduii..aduii
sampai bila punggungku harus begini
Hidupku amat teruji
- KS – 4.15 pagi – 23 Ogos 06 -
Di subuh pagi ini teruja aku untuk menulis luahan rasa punggungku. Jika punggungku boleh berkata-kata sudah lama ia luahkan derita. Bukan tujuanku untuk sensasikan punggungku, tapi sekadar ingin berkongsi kesukaran fizikalku. Duduk baringku statik, mahu pusing ke kiri tidak mampu berbuat sendiri, mahu beralih ke kanan perlukan pertolongan. Bisa di punggung tidak dapat ku rasakan cuma badan menahan seksa dan derita.
Leave a Comment » |
Uncategorized |
Permalink
Posted by lagendabuta
August 22, 2006

5 Comments |

3 Comments |
Uncategorized |
Permalink
Posted by lagendabuta
August 20, 2006
Wajah-wajah ceria dan lambaian-lambaian kebebasan dari DSAI yang aku simpan sebagai pemangkin semangat untuk aku turut sama bebas dan Merdeka dari belengu rasa dan perasaan.
Dulu sering aku meniru mengangkat dan melambaikan tanggan sepertinya, tapi kini aku tak berkemampuan berbuat begitu lagi. Entah mengapa kemerdekaan tahun ini menggembalikan nostalgiaku terhadap DSAI
Salam Reformasi
Jasad Terpenjara Jiwa Merdeka
Lawan Tetap Lawan
Suara Rakyat Suara Keramat
Lagi Ditekan Lagi Melawan
Rakyat Hakim Negara
Tegakkan Keadilan
Hapuskan Kezaliman
I Will Fight From Behind of Iron Grill

August 14, 2006

Sudah agak lama aku tak menulis cerita di komuniti OKU, bukan tak mahu menulis tapi aku rasakan kisah-kisahku tak sesuai dan tidak menarik untuk disiarkan di sini. Tapi sempena menyambut bulan kemerdekaan aku ingin memerdekan ‘jari-jariku’ dan mindaku seketika untuk berkongsi coretan berkaitan dengan Merdeka. Coretanku bukanlah berkaitan dengan kemerdekaan negara kita, kisah-kisah berkaitan begini boleh di dapati di laman-laman web dan akhbar.
Coretanku ini berkisar kepada slogan yang sering bersemadi di jiwaku iaitu ‘Jasad Terpenjara Jiwa Merdeka’ yang sering dan setia bersamaku……ahha, ada juga perkataan Merdeka di situ. Slogan ini ku pinjam dan menjadi teman setiaku hampir enam tahun, slogan dan semangat yang ku pinjam dari pemimpin idolaku Dato Seri Anwar Ibrahim. Walaupun beliau di kurung di sebalik tembok batu dan di pagari oleh gerigi-gerigi besi namun Minda, Jiwa dan Semangatnya bebas dan Merdeka. Dengan berbekalkan semangat, akhirnya setelah enam tahun merengkok di sebalik gerigi-gerigi besi, beliau bebas Merdeka seperti burung-burung yang berterbangan di angkasa.
Aku berharap semangat beliau ini dapat meresapi ke dalam jiwaku untuk aku terus memerdekan jiwaku dan mindaku dari terpenjara dan terbelengu dek perasaan sendiri. Aku berharap dan berdoa agar di suatu hari nanti aku juga akan bebas dan Merdeka seperti burung dan unggas yang bebas berterbangan ke sana dan ke sini di ruang angkasa.
Walaupun jasad ku terpenjara namun jiwaku bebas Merdeka.
Selamat meyambut hari kemerdekaan 31 Ogos 2006.
Merdeka….. Merdeka….. Merdeka
K@ssim Sel@m@t – @OKU 2002′ Jasad Terpenjara Jiwa Merdeka ‘
Leave a Comment » |
Uncategorized |
Permalink
Posted by lagendabuta
August 13, 2006

2 Comments |
Uncategorized |
Permalink
Posted by lagendabuta