Lawan Tetap Lawan

July 30, 2006

Malam tadi kat tv aku tengok Khairy menantu Pak Lah buat demontrasi. Stesyen tv siap tunjuk lagi, Kalau pembangkang buat demontrasi tak nak pula bagi publisiti.

Oophhh……aku kata aku kan berkecuali, apadeeii..tersasul.

Sebut pasal demontrasi ini aku ingin mengimbau kenangan berdemontrasi dulu. Seronok…….apa ker tidaknya bila di kejar sb/fru tak cukup kaki nak berlari….berani-berani takut….hehehe.

Kali pertama aku join demontrasi masa lepas habis sholat jumaat kat Masjid Negara tahun 1998. Masa tuu sedang hanggat isu Anwar Ibrahim. Selepas sholat mulalah bertakbir, slogan anti kerajaan bertaburan di kawasan masjid. Aku pun naik syok berdemontrasi, kejap lagi sepasukan polis/sb menyerbu masuk ke kawasan masjid, apa lagi aku dan rakan-rakan bertempiaran lari, rakanku sempat pula buat sholat sunat untuk mengelak diri dari di tangkap, aku pulak dengan berselipar jepun lari ke arah belakang masjid. Setengah jam kemudian kami berjumpa di kawasan parking kereta dan menceritakan gelagat masing-masing, kami ketawa sesama sendiri……..itulah pengalaman manis pertama kali berdemontrasi…hehehe.

Hari-hari seterusnya aku semakin galak dan bersemangat berdemontrasi. Setiap petang Sabtu kawasan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, depan Komplek Sogo dan Masjid Kg. Baru menjadi tempat pilihanku. Gas pemedih mata dan pancutan air dari ‘water cannon’ dah jadi perkara biasa bagi kami semua. Beberapa siri demontrasi yang tak dapat aku lupakan hingga sekarang ialah peristiwa ’14 April’98’ atau di panggil ‘Black 14’, ‘Perhimpunan Kesas’ dan demontrasi ‘Apec’ 98’. Semua cerita ini pernah aku ceritakan di dalam blogku ini.

Semasa Malaysia menjadi tuan rumah persidangan Negara-negara Commonwealth (Apec) tahun 1998 , semasa itu Naib Presiden US Al Gore dalam ucapannya menyokong tindakan reformasi yang di buat oleh rakyat Malaysia. Aku lupa ungkapannya, cuma yang aku ingat ungkapannya ‘We continue to hear calls for democracy, calls for “REFORMASI”, people power, domoi (fight). We hear them today – right here, right now – among the brave people of Malaysia’ hehehe….aku termasuk ker dalam rakyat malaysia yang berani bersuara….hahahaha….nak gelak.

Aku dan kawan-kawan menggambil peluang berdemontrasi di depan KLCC dimana tempat bermesyuarat delegasi Apecc. Petang itu aku bersama kira-kira tiga ratus orang berhimpun di depan KLCC dengan memakai reben putih tanda bantahan atas penangkapaan Anwar Ibrahim. Sedang asyik berdemontrasi rupanya kawasan itu telah di kelilingi oleh polis/sb. Seketika kemudian water cannon memuntahkan air nya kepada kami, apa lagi bertempiaran lari menyelamatkan diri. Masih aku inggat lagi aku merempuh kepungan polis dan lari ke dalam bangunan KLCC dan merempuh majlis hi-tea yang sedang di adakan di situ.

Beberapa rakanku tertangkap, antaranya Fadhil, yang ditahan. Buat rakan-rakanku Kak Habsah, Kak Tun, Nasir, Nora, Anuar, Tan , Shuhaimi, Zakir dan lain-lain teruskan perjuanganmu. Memori indah ini tak mungkin aku lupakan hingga akhir hayatku.

“Lawan Tetap Lawan”

‘ICU 46 Hari, Antara Hidup & Mati’ Bhg. 2

July 29, 2006
Ahha……….dah lama ceritaku terhenti, entah mengapa jari dan fikiranku tak dapat melahirkan apa yang tersimpan di diari fikiranku ini. Walau bagaimanapun aku akan cuba menulis dan bercerita sebaik mungkin. Cerita-cerita ini di ceritakan kembali oleh anak dan isteri kepadaku. Dalam keadaan koma mana mugkin aku tahu apa yang berlaku kepada diriku…hahahaha

Cerita seterusnya begini :

Semua ahli keluargaku telah diberitahu tentang keadaanku di ICU. Pada malam itu ruang menunggu di depan wad ICU di penuhi oleh ahli keluarga. Di satu sudut ada yang sedang berbincang sesama sendiri dan di satu sudut lagi ada yang sedang membaca surah Yassin. Suasana malam itu begitu muram sekali. Setiap ahli keluarga masih kebinggungan dan tidak menyangka gigitan nyamuk Aedes mampu menumbangkan seorang hingga begitu sekali.

Sebentar kemudian abangku keluar dari wad ICU bersama rakannya juga seorang Doktor. Di satu sudut isteriku nampak mereka sedang memperkatakan sesuatu tetapi tidak pasti apa yang di perkatakan kerana isteriku tidak di panggil untuk turut sama.

Keesokan harinya keadaanku semakin kritikal, denyutan jantung semakin lemah, platlet darahku menurun ketahap paling rendah. Tatkala itu abangku memanggil isteriku untuk memberitahu sesuatu, mungkin dia sudah mengatahui atau sudah menjangka perkara ini akan berlaku. Walaupun berat untuk menyatakan tetapi isteriku harus di beritahu jua situasi sebenar. Menurutnya, Doktor mengesyaki ada darah beku di bahagian tenggukku. Memandangkan keadaanku yang kritikal, risiko untuk melakukan pembedahan adalah teramat tinggi dan peluang untuk berjaya hanya 50/50 sahaja. Menurutnya sekiranya pembedahan berjaya pun keadaanku mungkin tidak seperti dulu lagi. Menurutnya lagi, kemungkinan besar aku akan lumpuh sepanjang usia sekiranya darah beku itu merosakkan saraf tunjangku.Sebaik sahaja mendengar penjelasan itu isteriku meraung sekuatnya kerana tidak menyangka perkara seburuk itu akan menimpa suaminya.

Ruang menunggu di bilik ICU itu mula di penuhi oleh saudara mara, rakan sepejabat dan jiran tetangga. Wad ICU yang hanya pada mulanya membenarkan dua pelawat dalam satu masa kini berubah rupa. Memandang keadaan diriku yang tenat, jururawat membenarkan pelawat melebihi hadnya. Menurut isteriku, katilku dikeliingi oleh kawan-kawan dan saudara mara yang membacakan surah Yassin buatku. Sesekali terdengar suara tanggisan diluar wad ICU.

Menurut anakku ramai rakan-rakanku yang menunggu giliran untuk masuk melawatku, hingga satu masa jururawat meminta ahli keluargaku mengawal kemasukkan para pelawatku. Dalam suasana genting itu, Doktor yang merawatku sempat bertanya kepada anaku “Ayah adik ini siapa?, tak pernah-pernah ICU ini dipenuhi sebegitu ramai pelawat” anakku menjawab “Ayah saya ramai kawan, itu kawan-kawan pejabat dan jiran”
Ahhaa..…baru aku tahu rupanya aku punya ramai kawan, kawan pejabat , kawan surau, kawan ronda, kawan konvoi tak ketinggalan kawan ‘reformasiku’……ahhaa reformasi jalanan, sinonim denganku………hehehe.
Alangkah baik jika waktu itu aku dapat menyambut mereka…….hehehe.

Maaf bersambung lagi……

Coretan Dari Cahaya Nur Iman

July 29, 2006

Ku kunjungi blogmu sahabat
Ada lagu bernada sendu
Bicaramu bernada pilu
Aku yang terpilu menyentuh kalbuku
Tanpaku sedari air mata membasahi pipi

Bukan itu yang kita hendak sahabat
Bukan itu yang kita pinta
Tapi takdir yang mengubah segalanya
Sesungguhnya takdir penentu segala

Doaku sahabat agar dirimu sentiasa tabah
Ya sahabat pernah dirimu berkata kepadaku
Orang tidak akan memahami perasaanmu
Tapi aku faham perasaanmu

Tapi apalah dayaku
Hanya doa yang mampu ku kirimkan buatmu
Kuatkan semangatmu
Tabahkan hatimu

Terima kasih Cahaya diatas puis yang bermakna ini.

‘Layang-Layang Terputus Talinya’

July 24, 2006
Membaca kisah oku_ghanu mandi di waterfall sekayu teringat akan kisah aku di hari-hari terakhir sebelum menjadi warga oku.

Aku sekeluarga bercuti selama 3 hari di Port Dickson, kami tinggal di apartment di Tanjung Tuan. Pantai di sini cantik sekali dan ia lebih di kenali dengan panggilan ‘Blue Lagoon’. Boleh di katakan setahun dua tiga kali kami akan bercuti di sini.

Anak-anak aku seronok sekali berendam dalam kolam mandi sesekali aku turut sama dengan anak-anakku bergurau senda di dalam kolam. Di sebelah petang kami berjalan di persisiran pantai sambil menyedut udara petang, ermmm…… nyaman sekali udara di sini dengan deruan angin pantai.

Petang itu aku mengajak anakku bermain layang-layang yang baru aku beli beberapa hari lalu. Tapi entah kenapa layang-layang aku tidak mahu terbang sedangkan keadaan angin amat sesuai sekali. Di satu sudut pantai aku ternampak seorang lelaki yang juga cuba menerbangkan layang-layangnya tetapi gagal, kami memandang sesama sendiri dan sama-sama tersenyum. Teringat aku akan lagu Alleycats ‘Layang-layang Terputus Talinya’. Lirik yang penuh bermakna, aku abadikan lagu tersebut di blog ku ini, antara liriknya berbunyi begini :

Berarak mendung kelabu
Mengekori langkahku
Sepanjang kehidupan
Penuh dugaan
Namun aku tetap aku

Kucuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa
Walau aku dihina
Namun aku tetap aku

Derita oh derita
Engkau di mana-mana
Walaupun jauh aku berlari
Mahupun berdiam diri
Namun indah mimpi dari realiti
Hidupku tanpa arah
Bagaikan layang-layang
Terputus talinya

Tapi pasti suatu hari nanti
Sinar suriakan menjelma

Keesokan harinya aku mengajak anak-anakku mandi manda di pantai tetapi kesemuanya enggan mengikutku. Jadi aku dan isteriku saja yang turun mandi di pantai. Aku bergurau senda dengan isteriku , simbah menyimbah, tolak menolak dan selam menyelam……sungguh romantik sekali kami pagi itu………..macam pasangan yang sedang bercinta pula. Itu lah kali terakhir aku bermandikan laut.

Bicara Buat Kassim Selamat

July 22, 2006
Ku kunjungi blog mu sahabat
ku teliti setiap kata bicaramu
dikau alunkan dengan lagu-lagu syahdu
menyairkan kisah hidupmu
kesayuan menyelimuti seluruh kehidupanmu

sebak dada ini menatap segalanya
pilu jiwa ini menyaksikan derita tersiksa

namun sahabat……..
bukan salahmu semua ini menimpa
kita manusia…semuanya menjadi milikNYa
diberi bahagia kita terima
diberi sengsara kita terima jua
kita hamba..yang ada hanya patuh dan taat semata

sahabat…..
takdir ini tiba ada sebabnya
bukan kerana kesilapan kita
Dia Maha Mengetahui tentang kita
Maha dekat di hati kita
Maha adil atas segalanya

diberiNya derita…dijanjikan bahagia
tidak di dunia pasti di akhirat tersedia
hikmah dan rahsia menjadi milikNya
kita sabar setia menunggu anugerah dariNya

takala hidup bersulam bahagia
diwaktu kita memiliki segala
dimasa kita menjadi hambaNya yang setia
kita bertanya mengapa kita yang dipilihNya
kenapa tidak mereka yang jelas durjananya

hati kita terdetik bertanya
jiwa kita meronta enggan menerimanya
namun teman..kita akur juga
kerana iman berbisik mesra
katanya..kita adalah pilihan Yang Maha Esa

telah disiapkan tempat kita di akhiratNya
telah terbina mahligai istana buat kita
dijanjikan kebahagian yang tak mampu diungkap sesiapa
telalu indah untuk akal mentafsirkannya

semua terjadi kerana kasih sayangNya
pada kita, pada cahaya mata..pada isteri tercinta
menangislah tapi jangan menyesalinya
terimalah takdir ini dengan redha dan rela

http://musafirminda.blogspot.com/

Sajak nukilan sahabatku shafee . Semoga ianya dapat memberiku semangat dan perangsang dalam menempuh hari-hari mendatang. Terima kasih buat shafee.