‘ICU 46 Hari, Antara Hidup & Mati’ -Bhg. 1

June 29, 2006
Ini adalah rentetan kisahku ketika menghadapi saat-saat getir sebelum bergelar orang kurang upaya (OKU). Mengapa dan kenapa aku jadi begini telah aku ceritakan di dalam kisahku ‘Hari-hari Terakhir Sebelum Bergelar OKU’. Oleh kerana ceritanya agak panjang aku terpaksa menyiarkannya secara bersiri.

Kisahnya bermula begini :

Aku suami isteri di masukkan di hospital yang sama, isteriku di tingkat dua aku pula di tempatkan di tingkat satu. Semasa membuat pendaftaran aku meminta agar aku dan isteriku di letakan di bilik yang sama. Oleh kerana tiada kekosongan di waktu itu aku terpaksa tinggal berasingan. Isteriku pula berkongsi bilik dengan pesakit lain , aku pula tinggal bersendirian.

Sesekali aku datang menjengok isteriku di biliknya, aku lihat keadaan isteriku lesu dan lemah sekali, tapi apa dayaku kerana aku pun sama-sama tidak sihat. Aku duduk di hujung katil sambil mataku leka memerhatikan titik-titik air (drip) yang jatuh menitik masuk ke tanggan isteriku. Di satu sudut aku terpandang sebekas buah-buahan yang di hantar oleh majikanku dan isteriku. Dalam hatiku berkata “Eeehm nampak sedap buah-buah itu, nantilah sehari dua lagi bila ada selera aku makanlah” . Dalam masa yang sama hati aku tertanya-tanya “Kenapa aku tidak di pasang ‘drip’ macam isteriku, mungkin sakitku tak serious seperti isteriku”, bisik hatiku.

Setelah berjam-jam duduk menemani isteriku, aku kembali ke biliku untuk berehat. Semasa melintasi kaunter jururawat aku sempat singgah untuk menimbang berat badanku, “64kg, bolih tahan juga beratku, macam ini bolihlah hari-hari aku timbang beratku” kata hatiku sambil tersenyum. Untuk menghilangkan rasa bosan aku menonton tv yang sedang rancak menyiarkan World Cup 2002 yang pada waktu itu di adakan di Korea Selatan. Sesekali tv menyiarkan sedutan perbahasan Perhimpunan Agung Umno yang sedang di adakan di PWTC . Di dalam hati aku berkata “Elok juga aku sakit dapat tengok bola dan Perhimpunan Agung Umno” sambil membelek-belek handphone berwarna biru yang baru di beli kira-kira dua minggu yang lalu di Bukit Jalil. Seketika kemudian datang jururawat bertanya samada aku ingin memesan makanan. Dalam keadaan sebegini tekakku hanya mampu menerima minuman sahaja. Aku hanya memesan segelas jus oren dan segelas air bali. Hanya minuman ini sahaja yang menggalas perutku selama empat hari sebelum aku di masukkan ke ICU.

Di hari kelima keadaan aku mula gawat. Aku sudah tidak mampu bernafas sendiri lagi dan sering mengadu sakit di tengok. Doktor mula memakaikan aku alat oksigen. Dalam suasana yang tidak ketentuan itu aku sempat berpesan kepada anak sulungku “Kalau ayah mati nanti Along jangan bergaduh-gaduh dengan adik-adik, dengar cakap mama” sambil tanganku cuba mencabut alat oksigen yang terpasang di mukaku. Isteriku meminta izin sekejap untuk membuat pendaftaran keluar wad kerana dia di benarkan pulang hari itu. Bila isteriku kembali, aku telah pun di tolak masuk ke ICU dan di bawa ke bilek X-ray. Aku tidak sempat untuk berpesan apa-apa kepada isteriku. Bila isteriku menjenguk masuk ke bilik ICU hanya sekujur tubuh kaku yang di penuhi wayar-wayar dan mesin yang menantinya. Ketika itu tiada apa lagi yang bolih di bicarakan lagi kerana aku sudah tidak sedarkan diri lagi dan koma.

Bersambung di siri kedua.

Tegakkan Keadilan Hapuskan Kezaliman

June 24, 2006

Gambar kenangan tuan blog di zaman Reformasi. Kini tuan blog patah sayap hilang kakinya…tapi ‘Lawan Tetap Lawan’

Berikut adalah petikan temubual beliau dengan Malaysiakini:
————————————————————————–
Sudah sembilan tahun berlalu, bolehkah anda menceritakan apa yang berlaku, apakah yang telah mereka lakukan terhadap anda, dan perasaan anda ketika itu?

Apabila (bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dipecat oleh kerajaan kerana dituduh terbabit dalam aktiviti tidak bermoral, maka ramai rakyat yang tidak puashati dengan ketidakadilan (penangkapan Anwiar), dan sebagai seorang rakyat, saya menyokong pejuangan untuk menegakkan keadilan untuk Anwar.

Saya adalah antara mereka yang tidak senang dengan cara kerajaan pimpinan Dr Mahathir mengguna dan menyalahgunakan kuasa ketika itu, untuk memecat Anwar dan saya mengambil keputusan untuk menunjukkan sokongan (kepada Anwar).
Saya terbabit dalam gerakan reformasi sejak hari pertamanya lagi pada 4 September 1998.

Selepas penangkapan Anwar, saya telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran untuk menuntut pembebasan Anwar dan peletakan jawatan Dr Mahathir dan Ketua Polis Negara ketika itu, Abdul Rahim Noor.

Saya kemudiannya mengetuai perhimpunan di Masjid Negara pada 25 September, lima hari selepas Anwar ditangkap. Saya ditangkap di rumah saya di Ampang pada kira-kira jam 10-11 malam.

Saya pulang (ke rumah) dengan menaiki kereta yang dipandu oleh seorang rakan. Dia menurunkan saya kira-kira 200 meter dari rumah saya dan polis menangkap saya ketika saya berada di pintu pagar.

Saya digari dan dipaksa membuka pintu pagar rumah saya oleh pasukan polis yang diketuai oleh ASP Borhan Daud. Mula-mula dia memaksa saya membuka (pintu rumah) dan tentunya saya bertanya, “Mengapa saya digari?” dan dia berkata, saya ditahan di bawah ISA.

Saya kemudiannya bertanya, “Mengapa anda perlu menggari tangan saya?” dan saya bertanya kepadanya “Apakah sebab saya ditahan”, (dan dia berkata) “ISA” dan dia menjawab seperti robot, semuanya adalah (di bawah) ISA. Dia kemudiannya berkata, dia mahu menggeledah rumah saya, dan saya bertanya mana warannya.

Malah, saya bertanya waran untuk menangkap saya di bawah ISA. Dia berkata, ianya tidak perlu dan saya bertanya kepadanya mengapa, dan dia berkata, ISA, dan dia berkata, saya sepatutnya tahu. Dia mahu menggeledah rumah saya dan saya bertanya di mana warannya, dan sekali lagi, dia berkata, ianya tidak perlu dan saya bertanya kepadanya mengapa dan dia berkata ISA.

Saya memanggil anak-anak saya dan keluarga saya membuka pintu dan anggota polis masuk dengan memakai kasut, terus ke tingkat bawah dan tingkat atas rumah saya. Mereka kemudiannya masuk ke bilik mentelaah saya, serta menggeledah dan memeriksa semua dokumen saya.

Mereka kemudian masuk ke bilik tidur saya di mana isteri dan anak-anak saya sedang tidur. Isteri saya terkejut dan bertanya kepada saya apa yang berlaku dan saya menunjukkan kepadanya (tangan yang bergari) dan apabila dia bertanya mengapa, saya menjawab “ISA”.

Kemudian, mereka merampas beberapa dokumen dan mereka juga merakamkan dokumen-dokumen tersebut. Selepas 40 minit berada di dalam rumah saya, mereka mengarah saya mengikut mereka. Mereka kemudiannya bertanya di mana kereta saya. Borhan memaksa saya menunjukkan kepadanya di mana kereta saya dan saya berkata, saya dihantar pulang oleh seorang rakan dan saya turun kira-kira 200 meter (dari rumah).

Saya menunjukkan kepada Borhan tempat saya turun dari kereta. Rakan saya sudah beredar dari situ. (Borhan) naik marah dengan jawapan saya sehingga dia bertindak menampar saya di situ juga dan sakitnya dapat dirasai hingga ke hari ini. Saya rasa saya telah kehilangan lebih 40-50 peratus deria pendengaran di telinga kiri saya.

Apabila mahkamah diberitahu mengenai perkara itu, Borhan menafikannya. Selepas itu, dia memaksa saya masuk ke dalam kereta, bukan kereta polis, ia kereta biasa. Saya diarah memakai (kacamata) tertentu bervisi kelabu, tetapi kemudiannya saya menyedari bingkai di sini (sebelah kiri) telah patah dan saya memberitahu mereka yang ianya telah patah dan mereka mengarahkan saya (menanggalkan) kacamata saya dan salah seorang pegawai (membuka) baju-t hitam yang dipakainya dan menyerkupnya menutup kepala saya.

Anda bayangkanlah bau baju t-shirt itu yang agaknya telah dipakainya sejak pagi hingga tengah malam. Ia amat busuk dan mereka memaksa saya masuk ke dalam kereta. Saya melutut dan diarah supaya tidak melihat ke mana-mana kerana mereka tidak mahu saya tahu ke mana mereka membawa saya. Kemudiannya mereka membawa saya pergi dari situ dan kira-kira beberapa minit kemudiannya, kereta tersebut berhenti. Saya tidak tahu di mana.

Mereka kemudiannya membawa saya naik anak tangga sebuah bangunan yang kemudiannya saya mendapat tahu (Ibupejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur). Mereka membawa saya ke sebuah bilik dan saya diarah menandatangani (sekeping) kertas yang disediakan oleh Borhan yang menyatakan bahawa saya ditahan di bawah ISA, jadi Borhan adalah pegawai yang melakukan tangkapan. Selepas itu mereka mengarahkan saya menanggalkan pakaian – menanggalkan baju dan seluar saya.

Saya ingat ok kerana saya tahu tahanan ISA akan diberi pakaian tahanan khas (iaitu) berwarna biru. Jadi saya ingat saya akan diberi pakaian tersebut. (Selepas) saya menanggalkan kesemua pakaian, tiba-tiba seorang pegawai menggari tangan saya dari belakang dengan kuat sekali, dan di situ terdapat enam hingga lapan orang pegawai di depan saya dalam sebuah bilik kecil di tingkat satu.

Saya digari dan mereka menutup mata saya dengan dua (keping) kain hitam dan saya bingung sepenuhnya. Saya tidak tahu siapakah mereka, jadi saya mengagak mereka semua adalah pegawai yang melakukan tangkapan yang diketuai oleh Borhan.

Kemudian Borhan menendang dan menumbuk saya dan saya boleh dengar suaranya betul-betul di depan saya kerana dia yang menangkap saya dan saya boleh kenal suaranya. Seorang pegawai akan mengambil satu objek keras dan memukul kaki kanan saya, seorang pegawai lagi akan memukul kaki kiri saya dan mereka kemudiannya menumbuk muka saya.

Saya kemudiannya kena ‘flying kick’, ’side kick’ dan mereka kemudiannya memaksa saya berdiri. Sejurus kemudian saya terjatuh dan tidak sedarkan diri untuk pertama kali dan mereka menuangkan air dan memaksa saya berdiri lagi dan saya jatuh pengsan sekali lagi – semuanya sebanyak lima kali. Dan saya juga mengira dengan jari saya berapa kali saya dipukul [...] semuanya 63 kali.

Selepas itu saya tidak tahan lagi dan tidak sedarkan diri. Itulah yang dapat saya ingat ketika masih sedar… Salah satu pukulan itu amat kuat sekali dan tiba-tiba kain yang menutup mata saya terjatuh dan betul-betul di depan saya adalah (Abdul) Rahim Noor yang memakai sarung (tinju) berwarna merah. Dia memakai (baju) batik Indonesia, berseluar hitam dan kasut berkilat warna perang.

Saya masih ingat dan saya menceritakannya secara terperinci di mahkamah. Dan kerana (kain penutup mata) terjatuh, saya terkejut dan dia juga terkejut kerana saya dapat mengenalinya dan dia terus beredar, begitu juga dengan semua pegawai lain yang turut beredar dari situ kerana tidak mahu mereka dikenali.

Kemudian mereka pusing saya menghala ke dinding dan sekali lagi menutup mata dan saya terus dibelasah hingga tidak sedarkan diri. Apabila saya sedar semula, waktunya masih belum jam 4 pagi. Mereka mengarah saya pergi ke bilik lain yang hawa dingin dibuka dengan kuat. Saya masih bertelanjang dan badan saya sakit akibat dipukul. Penghawa dingin itu terletak di tengah-tengah bilik dan setiap beberapa minit mereka mencurah air sejuk ke kepala saya.

Dalam keadaan anda telah diseksa dan cedera, dicurahkan pula dengan air sejuk dan saya menggeletar kesejukan. Mereka bertanya sama ada saya sejuk dan saya menjawab iya dan mereka akan mencurah lebih banyak lagi air sehingga kira-kira jam 4.30 pagi. Mereka kemudian berhenti dan tidak lagi bertanya sebarang soalan.

Semasa diseksa mereka, Borhan bertanya kepada saya sama ada saya dahaga dan saya menjawab “tentulah dahaga”. Kemudian secara tiba-tiba seseorang memegang saya dari belakang dan seorang lagi menggunakan jarinya untuk membuka mulut saya seluas-luasnya. Mereka kemudiannya menuang cecair yang rasanya hanyir dan kotor, ke dalam mulut saya. Ia adalah air kencing dan mereka memberitahu saya ia adalah air kencing. Air kencing mereka, bukan air kencing saya. Mereka bergilir-gilir kencing dan secara paksa menuang kira-kira dua tin air kencing mereka.

Bila mereka bertanya sama ada saya lapar atau tidak, saya jawab “Tentulah saya lapar”. Borhan meminta pegawainya menyediakan tahi anjing untuk saya. Ia dekat dengan mulut saya, saya dapat menghidu baunya.

Dan dia mengugut saya yang dia akan menggunakan penyuntik yang mengandungi virus HIV dan menyuntiknya ke badan saya kerana saya telah berkata kepadanya “Lebih baik awak bunuh saya. Apa gunanya? Apa yang awak cuba buktikan? Apa yang awak buat di sini? Mengapa awak begitu kejam,” saya bertanya kepada mereka (Dia berkata) “Oh awak mahu mati, oh jadi kita akan bunuh awak secara perlahan-lahan, kita akan masukkan virus HIV ke badan awak”. Tentulah mereka tidak melakukannya.

Dan kemudiannya selepas kira-kira jam 5 pagi, mereka berhenti membelasah saya. Saya rasa mereka juga keletihan dan pulang ke rumah. Pada 26 September, pada waktu tengahari, saya dibawa ke Bukit Aman dan dimasukkan ke tempat kurungan dan hanya dapat melihat matahari pada hari ke-28 penahanan saya.

Maka, jika anda bertanyakan perasaan saya mengenainya, (ia) sangat kejam dan tidak berperi kemanusiaan. (Polis) bukan manusia. Saya rasa binatang ada rasa belas kasihan. Malah anjing pun kenal tuannya dan tidak menggigit orang lain. Mereka lebih terusk daripada anjing.

Jika orang kata mereka adalah anjing kerajaan, saya rasa pada masa itu, mereka lebih teruk daripada anjing.

Bagaimanakah anda dilayan di sana (di Bukit Aman)?

Saya tidak dibenarkan menghubungi sesiapa.

Beberapa hari kemudiannya sebelum hari ke-28 (dalam tahanan) , mereka bertanya sama ada saya mahu berjumpa dengan keluarga saya. Sudah tentulah, sebelum berjumpa dengan keluarga, mereka akan mengatur satu sesi khas supaya saya tidak menceritakan apa-apa tentang apa yang terjadi pada diri saya, supaya tidak membayangkan yang saya telah diseksa dan supaya menunjukkan kepada keluarga saya yang semuanya ok dan supaya meyakinkan keluarga saya supaya (tidak memfailkan) permohonan habeas corpus atau saya tidak akan dibebaskan.

Dan saya memberitahu pegawai penyiasat saya di Bukit Aman bahawa saya telah diseksa di IPK dan saya mahu membuat laporan polis terhadap Borhan, mereka berkata, “Tidak, kamu tidak perlu berbuat demikian – kami telah mengambil tindakan terhadap Borhan”. Sedangkan ianya tidak benar.

Saya tidak diberi peluang untuk membuat laporan, tidak diberi peluang untuk bertemu peguam saya, tidak dapat hubungi keluarga dan saya hanya diberi rawatan perubatan beberapa hari kemudiannya di Bukit Aman. Saya memberitahu doktor dan beliau memeriksa saya dan ia disahkan dalam laporan perubatan mengenai lebam-lebam di kaki kiri, kaki kanan, di bahagian perut dan terdapat kecederaan.

Saya mengadu kepada Dr Vasantha Ponniah mengenai apa yang berlaku terhadap diri saya dan beliau telah memberi keterangan di mahkamah mengenai keadaan saya berdasarkan kepada kecederaan pada diri saya.

Metodologi cawangan khas ialah memberi layanan paling keras pada hari pertama sebagai satu ingatan kepada tahanan bahawa mereka akan berdepan dengan keadaan yang lebih teruk lagi sekiranya gagal memberi kerjasama. Ia lebih berbentuk psikologi.

Dan sudah tentulah di Bukit Aman, ia telahpun diinstitusi dari segi bagaimana mereka mengendalikan tahanan. Saya dimasukkan ke dalam bilik kurungan seorang diri, tiada cahaya matahari, saya tidak tahu sama ada ianya pagi, saya tidak tahu langsung.

Pada hari ke-28, ketika dikunjungi keluarga semasa saya dibawa dari Bukit Aman ke IPM, saya begitu menghargai cahaya matahari, ianya amat indah sekali. Cukup indah.

Bagaimanakan anda disoalsiasat?

Saya disoalsiasat selama 17 hari di tingkat tiga bangunan tersebut. Mereka bertanya soalan dari pagi, tengahari, petang, sehingga malam, dan kadang-kadang hingga lewat malam. Pada satu ketika apabila mereka tidak puas hati dengan apa yang berlaku di luar di mana orang ramai masih berkumpul di Jalan Tuanku Abdul Rahman (dan) di Kampung Baru, mereka tidak senang lalu, memanggil saya lewat malam untuk disoalsiasat hingga awal pagi.

Sewaktu disoalsiasat oleh pegawai Bukit Aman, soalan-soalan yang mereka tanya setiap hari, soalan mengenai gerakan reformasi, mengenai Anwar Ibrahim, hubungannya dengan orang ini dan orang itu.

Kemudian Nurul Izzah menemui (Presiden Filipina ketika itu, Joseph) Estrada di Filipina dan (bekas Setiausaha Negara Amerika) Madeline Albright. Saya berada di dalam dan semua itu berlaku di luar sana, dan mereka bertanya mengenai Gerak yang ditubuhkan, dan mengenai pembaharuan politik, mengenai PAS, mengenai sama ada ISA patut dimansuhkan atau tidak.

Saya rasa tidak perlu anda menangkap saya di bawah ISA untuk bertanya soalan-soalan tersebut. Mereka menafikan saya peralatan yang ada sekiranya mereka dapati saya tidak bekerjasama sepenuhnya. (Mereka akan) mengambil balik tilam atau bantal.

Selepas dikunjungi keluarga, mereka bagi tahu saya yang saya hanya akan ditahan selama sebulan dan mereka akan membebaskan saya. (Mereka kata) jika saya tidak diberi perakuan untuk dibebaskan, maka mereka akan melanjutkan tahanan dan ianya berterusan sehingga hari ke-57.

Ada juga hari-hari di mana mereka tidak berbuat apa-apa. Mereka akan menghantar makanan dan pada masa itu, saya mendapat makanan, ia seperti nasi bungkus bersama ikan yang berulat. Itu bermakna, ianya dilakukan dengan sengaja. Maksud saya kami adalah tahanan dan makanan ini sepatutnya disediakan oleh kerajaan dan ini bermakna negara menyediakan makanan busuk kepada saya.

Apa yang berlaku selepas anda dibebaskan?

Saya dibebaskan pada 21 November dan tertakluk kepada pengawasan cawangan khas yang memantau aktiviti-aktiviti saya.

Saya perlu melaporkan kepada mereka dan malah mereka mengugut bahawa saya boleh ditangkap semula, saya mesti bekerjasama dengan mereka dan psikologinya ialah mereka mempunyai kuasa untuk menangkap saya semula. Jadi, wujud rasa takut yang saya akan ditangkap semula. Saya mengambil masa yang lama untuk mengembalikan kekuatan dan keberanian untuk membuat laporan polis dan saya membuat keputusan tersebut pada bulan Mac (1999).

Apa yang mempengaruhi saya adalah apabila kerajaan mengambil keputusan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja (untuk menyiasat kes mata lebam Anwar) apabila kita membaca mengenai testimoni oleh Dr Vasantha Ponniah. Kemudian saya teringat, “Baiklah, itulah wanita yang merawat saya”. Jadi, saya ingat adalah sedikit bantuan.

Saya ingat dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja itu, akan wujud ruang untuk membuat aduan. Sejak dari itu, semasa saya disoalbalas di mahkamah, mereka bertanya kepada saya mengapa saya mengambil masa yang begitu lama.
Ini bukanlah satu kemalangan jalanraya. Ini adalah sesuatu di mana anda telah diseksa. Anda perlu untuk membina semula keberanian.

Adakah anda takut? Adakah anda pernah berasa seperti telah putus asa?

Saya cuba supaya tidak kelihatan takut walaupun (sebenarnya) saya amat takut sekali.

Saya rasa (anggota) cawangan khas berada di mana-mana sahaja. (Saya rasa) terancam tetapi untuk pulih semula, anda perlu berjumpa dengan orang, anda perlu bercakap dengan orang. Lama kelamaan, saya mula menceritakan kepada orang apa yang berlaku ketika dalam tahanan.

Mereka amat terkejut. Kemudian rakan-rakan telah meyakinkan saya untuk bercakap mengenainya dan pada bulan Februari saya menceritakan pengalaman tersebut dalam satu majlis anjuran Gerak (Gerakan Rakyat Malaysia untuk Keadilan) oleh (bekas Presiden PAS) Datuk Fadzil Noor di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pada Februari 1999.

Saya memperolehi semula keberanian saya. Dan anda perlu faham bahawa anda boleh dituduh membuat laporan palsu. Saya terpaksa menyediakan laporan polis yang panjang dan begitu terperinci serta satu afidavit untuk memfail saman sivil.

Bagaimanapun perasaan keluarga anda mengenai semua itu?

Mereka sudah biasa yang apa saya lakukan. Mereka menyokong aktiviti-aktiviti saya. Malah, isteri dan anak-anak saya sudah tahu mengenai keazaman saya untuk melaporkan aktiviti-aktiviti demi hak rakyat, aktiviti politik dan aktiviti sosial.

"Hanya Sebuah Laptop Bisu"

June 24, 2006
Pagi ini seperti biasa aku membuka laptopku, entah mengapa pagi yang muram ini aku teringatkan arwah Syed rakan se pejabatku yang telah pergi buat selamanya lima tahun dahulu. Memang dengan beliaulah aku sering berbincang dan meminta pertolongan dalam hal-hal yang berkaitan dengan sistem dan lapuran kerana beliau seorang Pengurus/Programmer di syarikat tempatku bertugas dahulu. Dia pergi dalam usia yang begitu muda, memang sudah ketentuan Allah, ajal tidak mengenal usia.

Kehilangannya amatku rasai kerana sikapnya yang lembut dan luhur yang sering membantuku bila kepakarannya di perlukan. Masih aku ingat lagi setiap kali aku melintasi biliknya pasti aku singgah menjenguk kedalam biliknya walaupun aku tahu ketika itu beliau sudah tiada lagi di situ.

Aku sempat menziarahinya ketika beliau di rawat ICU tetapi di masa itu tiada yang dapat di bicarakan lagi kerana ketika itu beliau sedang menghadapi saat getir. Beliau pergi buat selamanya pada petang Khamis 24 Mei 2001. Semasa menziarahi jenazahnya dirumah, aku melihat sekujur tubuh kaku di ruang tamu dan di satu sudut di atas almari aku terlihat se buah laptop milik arwah yang sinonim dengannya.

Akan tiba masa dan waktunya nanti aku juga akan menghadapi situasi yang sama. Sekujur tubuh kaku di ruang tamu dan sebuah laptop milikku yang lesu membisu di tepi katilku.

Alfatihah buat arwah Syed semoga rohmu di cucuri rahmat. Amin.

"Aku Yang Terpilu"

June 23, 2006

Siaran ulangan, jika dahulu catatan ini tanpa lagu. Kali ini kusisipkan lagu yang berkaitan.

Malam tadi seperti malam-malam biasa isteriku menyiapkan katilku untuk aku tidur. Badan dan katilku di laraskan dari posisi duduk ke posisi berbaring. Nasib baik aku mempunyai katil yang boleh di laraskan. Sambil menatap wajah isteriku aku bertanya kepadanya “Sampai bila abang akan terbaring begini?” isteriku tak menjawab pertanyaanku. Sambil membelek-belek tangan dan badanku, isteriku berkata “Sekarang Ain masih sehat bolihlah Ain pusing-pusingkan badan abang, besok kalau Ain dah tua macamana Ain nak lakukannya, tenaga tak kuat lagi” aku terus berkata kepadanya “Kalau bolih biarlah abang yang mati dahulu, kalau Ain pergi dahulu siapa nak jaga abang” Isteriku terus membelek-belek badanku dia khuatir kalau-kalau ada luka di badanku kerana terlalu lama terbaring. Sambil isteriku menyiapkan bantal dan cadarku, aku mengusiknya dengan menyanyikan lagu Allahyarham P.Ramlee yang liriknya begini “Beginilah nasib diriku yang malang ooh tuhan, Tak bolih bersenang lenang, Berehat sebentar isteri dah meradang, Kerja berat takut reput tulang” Memang lagu ini dahulu sering aku nyanyikan bila setiap kali aku membantunya di dapur, aku memang suka menyakat isteriku. Malam ini aku nyanyikan lagu ini hanya sekadar untuk menghiburnya dan mengusiknya.

Aku meneruskan nyanyi rangkap seterusnya “Tidaklah bolih ku kenang lah kenang, Hai air lah mata jatuh berlinang, Karam di laut dapat ku renang, Karam di hati nak bayar hutang” belum habis rangkapnya ku nyanyikan air mata sudah berlinang di mataku, aku tak dapat menahan perasaan sedihku. Mungkin lirik dan melodinya menyentuh perasaanku. Tujuanku tadi untuk menghiburkan hati isteriku sebaliknya hatiku yang terpilu. Aku sedih bukan sebab tak mampu membayar hutang tetapi sedih melihat keadaan diriku ini tak seperti orang lain. Hidupku sepanjang usia terbaring di katil.

Tatkala itu juga aku teringatkan rakan-rakan ‘Komuniti OKU’ yang akan berkumpul beramai-ramai di Melaka pada hujung minggu ini. Walaupun mereka warga orang kurang upaya tapi mereka masih mampu ke sana ke sini bercampur gaul sesama mereka sedangkan aku tak berupaya berbuat begitu. Mereka lebih bernasib baik dariku.

Mulutku mudah berkata bahawa aku tabah dan gagah menghadapi segala dugaan ini, tapi jauh di sudut hati, sebenarnya aku tak mampu menipu diri dan hatiku, sesungguhnya hanya tuhan sahaja yang tahu akan hati dan perasaanku.

20 Jun Yang Pasti Tiba

June 20, 2006
Hari ini 20 Jun kau hadir lagi, empat tahun lalu di tarikh yang sama aku melangkah lesu masuk ke lobby hospital kerana ditimpa musibah. Lima bulan kemudian aku di sorong lemah keluar bertemankan kerusi roda meninggalkan hospital tersebut dengan seribu kenangan.
Tarikh keramat ini pasti menjengukku setiap tahun walaupun tanpa di undang. Tarikh keramat ini jua telah menggalih dan memusing roda kehidupanku sambil mencalitkan satu tinta hitam di dalam diari hidupku.
“Namunku Punya Hati” lagu yang kini sinonim denganku “Tidak ku minta lahir ke dunia, tidak ku minta cacat begini” , 24 tahun lalu aku mendengar lagu itu di sebuah majlis perkahwinan, entah kenapa di majlis yang meriah, lagu sedih yang di dendangkan pula. Aku yang ketika itu sedang asyik menikmati hidangan berhenti seketika untuk menghayati melodi dan liriknya. Memang meruntun hatiku mendengarkan liriknya seolah-olah aku yang berada di dalam bait-bait lagu itu.
Awal tahun 2002, beberapa bulan sebelum musibah datang menjemputku, aku terjumpa CD lagu tersebut di pasar malam. Entah mengapa hatiku tertarik untuk memilikinya. Setiap kali memandu pasti aku ulang dengar CD lagu itu, aku betul-betul menghayati setiap patah lirik lagu itu.
Mungkin secara kebetulan dan menjadi suratan hidupku, bait-bait lagu itu meresapiku dan kini menjadi sebahagian diriku. “Dengarlah wahai teman, ku menumpang di sudut dunia, Mencari ketenangan..sampai masa ku pergi jua”
20.06.2006 <— cantik turutan tarikh ini, perasan tak?

"Aku Budak Penjual Kuih"

June 14, 2006
Kali ini aku nak bercerita kisah semasa umurku 12 tahun. Masa itu aku tinggal di kem tentera Sg. Besi, bapaku bekerja sebagai orang awam di kem tersebut. Untuk menambah sumber pendapatan, ibubapaku membuat kuih muih, nasi lemak dan aiskrim untuk di jaja di sekitar kawasan kem tentera. Aku dan abang-abangku bergilir ganti menjaja kuih di situ. Abangku menjaja nasi lemak dan kuih di sebelah pagi dan aku menjaja kuih di sebelah petangnya. Biasanya abang-abangku menjaja nasi lemak bermula sekitar pukul 6.30 pagi ini bermaknya ibubapaku terpaksa bangun seawal 4.30 pagi untuk menyediakan masakan.
Kawasan kem tentera merupakan kawasan larangan untuk orang awam keluar masuk. Tempat kami menjaja kuih ialah di sekitar blok kem tentera bujang. Bukan mudah untuk memasuki kawasan ini, kami kena menyusup masuk melalui longkang atau padang bola. Kalau nasib tak baik di tangkap oleh MP (Military Police) yang bertugas. Pernah satu ketika abangku di tangkap oleh MP dan di kurung di dalam guard room (bilik kawalan). Sebelum di lepaskan mereka di denda dengan di suruh berlari sambil mengangkat bakul kuih dan di letakan di atas kepala. Walaupun beberapa kali di tangkap namun abang-abangku tidak serik dan masih pergi menjaja di situ juga. Jika di kenangkan kembali ceritanya, aku tersenyum sendiri…
Peristiwa yang masih aku tidak boleh lupakan ialah bagaimana abang keduaku di ketuk dengan kayu oleh abang sulungku gara-gara menyebut ‘kuih-kuih, nasi lemak’ di berek bujang tentera,waktu itu jam 6.30 pagi, abang-abang tentera tengah syok tidur dan bermimpi. Abangku marah kerana khuatir dengan menyebut perkataan itu di subuh hari nanti akan menggangu tidur abang-abang tentera di berek itu.
Bercerita pasal menjual kuih ini, macam-macam kenangan yang tak boleh aku lupakan walaupun sudah 30 tahun berlalu. Abang sulungku bila menjual kuih lain pula caranya, kuih yang di bawa habis tapi duitnya entah kemana. Apa ke tidaknya, bakul kuihnya di biarkan begitu saja, dia pula leka menolong menggilapkan kasut-kasut abang-abang tentera, dapatlah upah dua tiga puluh sen daripada mereka. Abang keduaku ini lebih serious sedikit dalam bab menjual kuih, dia tak ada minat nak tolong-tolong mengilatkan kasut. Perangai abang-abang tentera ini pun bermacam ragam, ada yang baik ada yang mengambil kesempatan, kuih karipap yang harganya cuma sepuluh sen pun nak berhutang, jadi terpaksalah kami menyediakan buku tiga lima (555) kepada mereka, cukup bulan baru mereka bayar.
Aku pula lain caranya, pemalu sedikit, nak sebut ‘Kuih-kuih , aiskrim’ , berat rasanya nak keluarkan suara. Bermacam jenis kuih yang aku jual, cucur udang, cucur badak, kuih gulung dan kuih pau. Paling yang aku tak suka ialah menjual kuih cucur udang kerana menjual kuih ini mesti pandai bajet, kadang-kadang kuahnya habis dahulu dan kuihnya banyak lagi. Apa ke tidaknya, abang-abang tentera ini beli kuihnya cuma sekeping sahaja tapi kuahnya di minta sampai setenggah mangkuk, tak tahu aku apa yang hendak di buatkan dengan kuah yang berlebihan itu, nak minum kot??
Satu lagi perangai abang-abang tentera nii, suka menyuruh aku ke kedai tolong beli rokoklah, sabunlah, berus gigilah ,bila balik dari kedai kuihnya luak duitnya entah kemana. Sikap abang-abang tentera ini gatal sikit, selalu bertanya pada aku “Mat kau ada kakak tak? kalau ada baru abang beli” nakkan kuih laku, mengaku sajalah yang aku ada kakak, kebetulan aku pun memang mempunyai kakak, jadi kuih aku jadi tumpuan. Satu lagi soalan yang sering di tanya oleh abang-abang tentera ini ialah “Kuih ini siapa yang buat, kakak ke Mak yang buat?” secara gurauan aku menjawab “Nenek yang buat”. Masih aku ingat lagi bila salah seorang dari mereka bertanya padaku, katanya “Kuih ini Mak kau letak ganja ke?” aku cuma tersenyum saja, fahamlah maksudnya bahawa kuih buatan ibuku sedap rasanya, makan satu tak cukup. Mungkin sudah di takdirkan Allah, salah seorang abang-abang tentera ini akhirnya menjadi abang iparku.
Satu lagi peristiwa yang tak dapat aku lupakan ialah bila aku menyorok di dalam tandas, di mana berek tempat aku menjaja kuih di datangi oleh MP untuk tujuan ’spot check’. Hampir satu jam aku menyorok di dalam tandas khuatir di tangkap oleh MP. Peristiwa-peristiwa yang lucu lagi boleh di baca di dalam blogku ‘Aku & Kenangan’ yang aku ceritakan di situ. Cerita bagaimana kuih cucur udangku kembang terkena air gara-gara menyeludup masuk melalui longkang.
Kebiasaannya selepas selesai menjual kuih kami berkumpul dengan budak-budak penjual kuih yang lain. Di sini kami berkumpul menggira wang hasil jualan sambil bertukar-tukar rasa kuih yang tidak habis di jual. Pernah satu ketika se bakul kuih yang aku bawa tidak laku, kesian penat lelah ibuku membuatnya………..dan pernah juga tidak sampai setengah jam bakul kuihku kosong, laris jualanku. Rezeki tak menentu, ada pasang surutnya…………
Mungkin rakan-rakan ingin tahu apakah kesudahan kami tiga beradik, adakah kami mewarisi bakat sebagai perniaga setelah dewasa atau sebaliknya. Adakah kami macam filem P.Ramlee ‘Tiga Abdul’ yang mana dua dari abang-abangnya kena ‘jual’? Abdul Wahub, Abdul Wahid……….geng…geng…geng.
Abangku yang sulung yang minat sangat menggilapkan kasut abang-abang tentera menjadi ‘Pelayan’ di hotel Regent, Kuala Lumpur selepas tamat MCE, memang sesuainya dengan sikapnya yang suka ’serve’ pelanggan. Sambil berkerja dia mendalami dan belajar bidang perhotelan. Setelah lebih kurang 20 tahun berkerja akhirnya dia berjaya memegang jawatan sebagai Pengurus Besar di hotel Quality City Center di Kuala Lumpur.
Abang yang keduaku, selepas MCE bekerja sebagai Pengurus Harta Tanah dan pemaju perumahan dengan saudaraku. Kerjanya ‘ menjual ‘ juga tapi kali ini menjual ‘rumah’ bukan menjual kuih lagi. Tapi bisnesnya tak berdaya maju dan akhirnya di tutup.
Aku pula selepas SPM kerja menggira wang, tapi bukan wang hasil menjual kuih, wang syarikat! nak tahu kerjayaku bacalah kisah ‘Berakhirnya Kerjayaku’ di blog ini.
Kesimpulan dari kisahku ini ialah ‘ Tak kira apa sahaja kerja yang di lakukan, jikalau tekun dan berusaha pasti berjaya’ ada pepatah mengatakan ‘Usaha Tangga Kejayaan’. Tidak kira apa jenis pekerjaan yang di lakukan janji dari sumber yang halal.
Dan yang paling penting ‘Sayangilah dan hargailah kedua ibubapa kita semasa adanya mereka’, Alfatihah untuk arwah ibuku.