Albumku – Lawan Tetap Lawan

Gambar-gambarku semasa zaman Reformasi
1. Gambar aku (pegang bendera DAP) dan rakan2 di Penjara Kajang semasa pembebasan Sdr. Lim Guan Eng.
2. Aku bersama Sdr. Azmin di Perhimpunan Rakyat di Lebuhraya Kesas.
3. Aku (pakai vest/spet hitam) semasa penyerahan memorandum bantahan di Kementerian Kewangan, Jalan Duta.
4. Semasa pembebasan Sdr. Mahfuz Omar di Penjara Kajang.

2004 pilihanku, Banner yang di pasang oleh penyokong BA di pintu masuk taman perumahan tempat tinggalku. Bukan aku seorang saja yang tak sabar menanti tahun 2004, mereka pun sama, tapi aku tewas dulu sebelum tibanya tahun 2004….alahai kesiannya Kassim Selamat!

Gambar-gambar yang di paparkan di sini hanya sebagai kenangan bahawa aku pernah bersama-sama mereka meredah arus politik tanahair. Sejak menjadi warga OKU, aku mengambil sikap berkecuali dan berpendirian natural dalam segala hal, bagi aku zaman tersebut telah pun berakhir. Keadaan, masa dan kehidupan sebagai OKU telah mengajar aku erti sebenar kehidupan ini.

Maaf ku pohon sekiranya kertelanjuran sikapku satu masa dahulu melukakan hati mereka yang tak se arus denganku.


3 Responses to “Albumku – Lawan Tetap Lawan”

  1. oda Says:

    KS..kuatkan semangat. teruskan menulis, anda seorang penulis yang berbakat. selamat menyambut ramadhan al-mubarak.

  2. Anonymous Says:

    I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! » »

  3. Anonymous Says:

    best regards, nice info film editing schools

Leave a Reply